Jayden Fontenot berusia 10 tahun telah menyelamatkan ibu dan adiknya yang lahir secara tiba-tiba di bilik mandi 11 Ogos lalu.
Air ketuban Ashly Moreau pecah semasa dia menggunakan bilik air menyebabkan anak dalam kandungannya lahir lebih awal dari hari sepatutnya.
Dia juga mengalami sedikit pendarahan menyebabkan dia sedikit bimbang. 'Saya menangis, tetapi saya hanya cuba untuk bertenang’, kata Ashly.
'Jayden begitu tenang sehingga menjadikan saya lebih tenang. Saya dapat melihat dia takut, tetapi dia tahu dia terpaksa melakukannya’, katanya lagi.
Kemudian, seperti yang diarahkan oleh ibunya, dia membantu memindahkan Daxx keluar dari posisi breek dengan memusingkannya apabila ibunya memberitahu kepadanya.
'Saya perlu menarik kakinya, ia tidak sukar, dengan lembut,' katanya.
Selepas menyedari Daxx tidak bernafas, Jayden telah mengambil aspirator hidung dan mengepam udara ke dalam paru-paru bayi tersebut.
Doktor mengatakan bahawa jika Jayden tidak berada di sana dan sanggup membantu, bayi itu tidak akan bernafas dan Ashly akan mati semasa melahirkan.
'Setiap kali saya memikirkannya, saya hanya menangis. Saya tidak fikir Jayden memahami apa yang dia telah lakukan dan berapa besarnya, 'kata Ashly kepada hari Ini.
Sumber- Daily Mail UK
[sumber]