Untuk pengetahuan pembaca, Joy Revfa merupakan pengasas empayar komestik iaitu Merve Cosmetics.
Beliau digambarkan sebagai seorang wanita yang sempurna; muda, cantik, lemah lembut, kaya dan bergaya!
Jom kita berkenalan lebih dekat dengan suri hati Hafiz Hamidun ini.
Biodata Joy Revfa
Nama Penuh: Siti Arifah Mohd Amin
Nama Komersil: Joy Revfa
Tarikh Lahir: 1987
Umur: 30 Tahun (2017)
Asal: Kuantan, Pahang
Status: Berkahwin
Nama Suami: Hafiz Hamidun
Kerjaya: Usahawan Kosmetik dan Jurusolek Profesional
Agama: Islam
Bangsa: Melayu (Berdarah campuran Melayu-Indonesia)
Warganegara: Malaysia
Nama Syarikat: MERVE Cosmetics Malaysia
Facebook: https://facebook.com/cikjoyrevfa
Instagram Peribadi: https://instagram.com/joyrevfa
Instagram MERVE Cosmetics: https://www.instagram.com/mervecosmetic_hq/
Fakta Menarik Tentang Joy Revfa
√ Figura ini bersama-sama ibu dan kakaknya turut membuka Akademi Kecantikan Artistik Diyana yang terletak di Shah Alam sejak tahun 1990 untuk membantu wanita-wanita di luar sana menjadi usahawan kecantikan yang berjaya.
√ Pasangan Joy Revfa dan Hafiz Hamidun ini mengikat tali pertunangan pada 22 Mac 2017 lalu bertempat di The Vanue, Shah Alam. Beliau menyifatkan suaminya sebagai lelaki yang sangat tenang dan penyayang.
√ Joy Revfa sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan bernama Dato’ Ray Imran dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun.
√ Memulakan perniagaan sendiri iaitu MERVE Group Holdings Berhad dan MERVE Skin Health Sdn Bhd (Merveilles) pada 11 Februari 2015.
√ Merupakan pengasas kepada empayar komestik Merve Cosmetics.
√ Mencipta produk kecantikan dan kesihatan yang bertemakan Fairy Tales termasuklah packaging produk yang sangat cantik.
[sumber]