Kejam! Itulah yang berlaku di Pekanbaru Indonesia apabila seorang wanita yang dikenali sebagai Ema Desrita telah maut angkara kekasihnya sendiri.
Suspek cerita detik pembunuhan
Mangsa ditemui rentung pada hari Rabu (16/8/17). Suspek yang dikenali sebagai SI (27) telah menceritakan detik pembunuhan dan alasan kenapa dia terpaksa melakukan sedemikian rupa.
Mangsa dilaporkan telah dijumpai di Jalan Yos Soedarso kilometer 8, RT 01 RW 09, Kelurahan Umban Sari, Kecamatan Rumbai.
Sempat bermesraan dan jalan-jalan
Sebelum kejadian, suspek sempat membawa mangsa berjalan-jalan, 'dating' dan bermesraan. Namun, suspek kalut apabila kekasihnya itu tidak mahu pulang.
Berang dengan kejadian itu, suspek mencekik mangsa dan membakarnya untuk menghilangkan jejak dan bukti.
"Saya sudah kata, saya akan bertanggungjawab. Tapi dia (kekasih) tidak mahu pulang. Jadi, harus bagaimana lagi? Tiada cara lain." Kata suspek.
Tonton video pengakuan dari suspek di bawah.
Gambar-gambar sekitar kejadian.
[sumber]