Kita mungkin lebih selesa untuk makan gula-gula sakit tekak tersebut kerana ianya tidak memberi kesan mengantuk, malah lebih beri kesegaran kerana rasa dingin gula-gula itu.
Bagi yang sering alami batuk-batuk, dan tidak mahu membeli gula-gula seperti hacks atau strepsil, boleh cuba buat sendiri gula-gula tersebut, seperti yang dikongsikan oleh Rusmida Rusdi ini, yang mana dengan gunakan bahan-bahan yang mudah didapati, dan kebanyakannya ada di rumah dah boleh buat gula-gula tersebut.
Jom kita tengok macam mana nak buat.
Sakit tekak campur batuk memang perit. Nak nak korang mesti nak jimat. Nah ambik ni. Fuhhh berangin lega tekak.
Guna bahan kat dapur aje..
Bahan
Halia muda belia - 1 ketol
Gula - 1 cawan tea
Serbuk cengkih - secubit
Madu - 1 sudu besar
Lemon - 1/2 bijik
Air - 1 cawan tea
Pssst *cawan tea* tu cawan yang korang minum tea pepagi tu. Jangan pi tambah serbuk tea pulak. Haru!
1. Buang kulit halia, potong nipis dan tumbuk hancur.
2. Masukkan halia, gula, air, madu, secubit serbuk cengkih dan lemon. Eh! kire masuk semua bahan la senang.
3. Biar sampai mendidih. Kaler pun dah cun. Tutup api, pastu biar kan sejuk jap.
4. Boleh bentukkan gune hujung sudu. Tabur powder gula last sekali.
Tadaaaa. Simpan la mane-mane tempat yang mudah ingat. Koh koh ambik je dalam peti ais. Senang mudah jimat.
Signature,
Mida💁
- Siakap Keli
[sumber]