Netizen Rela Ditembak Polis dalam Temasya Sukan SEA 2017






PETALING JAYA: Kelibat seorang anggota polis wanita yang segak berpakaian preman ketika sedang bertugas mengawal keselamatan sempena Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) menjadi bualan hangat netizen gara-gara wajahnya yang jelita.

Hanya dikenali sebagai Zarith Aqilah, polis jelita itu dipercayai bertugas bersama Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Walaupun ketika sedang bertugas, polis wanita itu tetap tampil dengan penampilan anggun yang menarik perhatian netizen khususnya para lelaki yang hadir menonton acara-acara sukan yang dipertandingkan sempena Sukan SEA tahun ini.

Kebanyakan netizen memuji kejelitaan Zarith kerana tidak menyangka seseorang wanita cantik sepertinya memilih karier sebagai anggota polis.

Malah ada dalam kalangan netizen meluahkan rasa sanggup ditembak dengan peluru cinta Zarith.

@luqmanyamin berkata:"Saya rela kena tembak. Tembak dengan panah cinta."

@thetypicalmalay berkata:"Saya tak kisah kalau nak ambil test kencing, mesti keputusannya positif cinta."

Menjelang temasya Sukan SEA Ke-29 kali ini, seramai 12,000 anggota pelbagai unit, termasuk Komando 69 dan Unit Tindakan Khas (UTK) ditugaskan di semua lokasi pertandingan, termasuk hotel penginapan atlet dari semua negara yang mengambil bahagian.

Temasya Sukan SEA ke-29 bermula 19 hingga 30 Ogos ini.

Antara lokasi terpilih yang dikawal ketat adalah sekitar KLCC, Bukit Bintang, KL Sentral, Terminal Bersepadu Selatan, Stadium Shah Alam, Kompleks Sukan UiTM Shah Alam, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz dan bangunan Putrajaya.

Sumber : mStar



[sumber]
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==