Perlawanan bola sepak Sukan Sea antara Malaysia dan Myanmar sebentar tadi memperlihatkan anak buah Ong Kim Swee beraksi cemerlang apabila mengalahkan Myanmar 3-1.
Gol pertama permainan diraih oleh Malaysia pada minit ke-33 menerusi N. Thanabalan. Selang beberapa minit selepas itu, Safawi Rasid berjaya menyumbang gol kedua buat Malaysia sekaligus menambah koleksi gol peribadinya kepada dua.
Aksi separuh masa pertama berakhir dengan cubaan tersasar ke arah gol Myanmar. Malaysia mendahului dengan 2-0.
Separuh masa kedua bermula, tiada sebarang gol berjaya dihasilkan diawal permainan.
Bagaimanapun, komunikasi yang baik antara pemain negara pada minit ke-82 membolehkan hantaran silang dilakukan dihadapan gawang gol Myanmar sebelum disempurnakan oleh Thanabalan sebagai gol ketiga buat Malaysia.
Permainan bersambung, kesilapan pasukan Malaysia pada minit ke-86 perlawanan memberi peluang kepada Myanmar membolosi gol Malaysia dengan jaringan oleh Than Paing.
Di minit-minit akhir perlawanan, Myanmar dilihat memberi cabaran-cabaran hebat kearah gawang gol Malaysia namun gagal membuahkan sebarang hasil biarpun masa tambahan 6 minit diberikan.
Permainan tamat. Malaysia menang 3-1.
[sumber]