Temasya Sukan SEA ke-29 (KL2017) secara rasminya berlangsung pada 19 Ogos hingga 30 Ogos ini dan setakat ini Malaysia sudah pun memungut 28 pingat emas, 19 perak, 14 gangsa.
Sejak KL2017 bermula,kalau anda perasan, seorang atlet negara iaitu Tana atau nama sebenarnya Tanalaksiumy Mahenthiran Rayer tiba-tiba menjadi perhatian. Siapakah Tana? Kalau anda nak tahu, Tana adalah atlet negara dalam acara 4 x 400 meter yang bakal beraksi dalam temasya Sukan SEA kali ini.
Namun bukan itu soalnya, yang menjadi bualan netizen adalah wajah dan susuk tubuhnya yang persis seorang model yang jelita. Patutlah ramai netizen yang bercakap tentang Tana, rupa-rupanya atlet jelita dan tinggi lampai ini merupakan finalis Miss Universe Malaysia 2017.
Dan menariknya lagi, Tana juga merupakan pelajar jurusan akauntan! Wah! Pepatah ‘beauty with brain’ memang kena dengan Tan lah secara ringkasnya. Kalau nak tahu, atlet 4x400 meter kita ini juga suka menyanyi, menari dan berlakon!
Jadi tak hairanlah kalau selepas ini ramai jejaka-jejaka di luar sana melekat di hadapan TV menonton sukan olahraga!
Tana bakal turun ke trek lumba lari pada 22 Ogos ini bersama-sama rakan sepasukannya. Ayuh kita sama-sama mendoakan kejayaan Tana dan rakan-rakan pasukannya serta seluruh kontinjen Sukan SEA negara yang sedang berjuang ketika ini.
[sumber]