6 Sebab Kenapa Orang Benci Dengan Ejen Insuran


Sebab Utama Kenapa Orang Menyampah Dengan Ejen Takaful

Sakit dan mati bukan satu pilihan yang boleh dielak. Lambat atau cepat ia pasti datang, bersedialah dari awal demi manfaat bersama.

Ejen Takaful sekarang banyak nama panggilan. Ejen insuran, ejen takaful, penasihat atau konsultan kewangan pun ada juga.

Namun, kenapa ramai orang menyampah dan benci dengan ejen Takaful? Menerusi Ashraf Khamzah, kami kongsikan kepada anda semua.

Ejen–ejen mohon jangan sentap dan boleh belajar dari posting ini kenapa sesetengah orang menyampah dengan anda.

6 Sebab Kenapa Orang Benci Dengan Ejen Insuran

1. Asyik up status pasal mati, mati dan mati

Betul. Kita kena prepare. Tapi kalau hari-hari cerita musibah dekat status buat orang turned off, lalu jadilah kau musibat yang orang akan unfollow. Cuba jadi lain sikit menjual tu. Belajar story-telling marketing.

2. Pushy

Menjual ini satu proses. Ada tertib dia. Ada sales funnel. Kena tau dia ni cold prospect ke hot prospect. Ada segmen dia. Ni main tala je semua prospek pukul rata. Build up rapport dulu. 5 6 tahun tak dengar cerita, tiba-tiba pm ajak jumpa. “Kalau bukan MLM mesti nak jual insuran. Takpun nak pinjam duit!”

3. Pakai ayat cliche – “Aku nak plan yang terbaik untuk kau dan keluarga kau”

Aku tak sure orang lain, tapi aku turned off bila dapat ayat macam ni. I knew you do it for your commissions, this is not really about me. Jadi tak perlu nak sweet talk bagai.

Lagi satu ayat “siapa lagi nak tolong Melayu kalau bukan orang Melayu sendiri” – wow ni memang kalau ada mana-mana seller pakai sentimen ni memang aku lari jauh-jauh.

4. Gelojoh

Asyik nak close. Prospek kata nanti dia nak fikir dulu. Kau pulak pergi hantar quote kata-kata hikmah tiap-tiap hari sebelum Subuh, masa nyamuk pun tak bangun lagi. Konon nak gentle reminder bagi dia ingat. Tapi dia bagi adverse effect. Orang menyampah pastu dia blok kau.

5. Emo bila tak boleh close

Kau dah cerita panjang pastu kawan tu tak nak ambil. Move on ke next prospek. Tak perlu nak sarcastic perli macam-macam.

6. Putus kawan kalau tak jadi client dia

Kadang-kadang timing tak sesuai; mungkin masa tu keadaan kewangan prospek tak mengizinkan. Jaga je la existing relationship tu. Ni tak, lepas dia kata tak nak, message dia pun kau tak nak reply.

Mungkin lepas 6 bulan dia akan datang balik, tapi kalau gaya kau macam nak hambat duit dia je, memang chances dia nak datang balik 0%.

The mantra is – selling by not selling.



[sumber]
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==