7 Tabiat Buruk Yang Perlu Anda Buang Supaya Wang Anda Lebih Terjaga




Sejak akhir-akhir ini, ramai antara kita yang mengeluh tentang kos sara hidup yang semakin meningkat. Daripada bahan makanan sehinggalah menggunakan tandas awam, semuanya memakan kos yang makin meningkat saban hari. Namun dilihat ramai antara kita yang masih lagi seronok berbelanja tanpa runsing tetapi pada masa yang sama merungut tentang kos sara hidup yang tinggi.

Malah masih ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak sedar tentang benda kecil yang dibuat mereka sebenarnya memberi impak yang besar dalam peningkatan kos sara hidup. Jom kita tengok 7 tabiat buruk yang perlu anda buang supaya wang anda lebih terjaga.


via GIPHY

Jika kita ada perangai malas nak rekodkan perbelanjaan, sebenarnya kita boleh dikatakan sebagai gagal dalam pengurusan kewangan. Kenapa? Sebab tanpa rekod, kewangan kita akan jadi kucar-kacir.

Sekiranya anda sudah cukup syarat untuk membayar cukai, rekod keluar masuk wang adalah penting untuk pembayaran cukai. Bukan itu sahaja, ia juga diperlukan untuk membuat pengurangan dan pengecualian cukai seterusnya membawa kepada penjimatan wang.

Sebagai contoh, anda boleh membuat pengecualian cukai sehingga RM3,000 jika memberi wang kepada ibu bapa. Tapi, itu semua perlu direkod barulah boleh dikecualikan. Jadi, langkah terbaik adalah dengan memindahkan wang tersebut ke akaun bank mereka supaya dapat direkodkan. Kalau tak mahu pening dan nak menjimatkan masa, pindahkan terus wang itu secara online menggunakan servis pemindahan segera MEPS.
Satu lagi aktiviti yang sering dilakukan oleh rakyat Malaysia, iaitu meminjam. Dan pinjaman wang dari bank yang paling mudah adalah kad kredit. Penggunaan kad kredit memang seronok bagi mereka yang suka berbelanja, swipe sana swipe sini, mudah kan? Rasa macam orang kaya boleh shopping tak ingat dunia.

Dan seperti yang sedia maklum, penggunaan kad kredit yang tidak dikawal adalah satu bencana besar buat anda. Mengikut analisa bank, interest yang dikenakan oleh bank untuk setahun adalah dalam 18% (1.5% interest bulanan x 12 bulan). Ini bermakna pengguna kad kredit secara tidak langsung telah terjebak di dalam permasalahan hutang. Ini adalah kerana rata-rata rakyat Malaysia kebanyakannya akan membuat pembayaran minimum setiap bulan.

Anda perlu faham, setiap kali pembelian menggunakan kad kredit, anda diberikan masa sebanyak 20 hari untuk membuat pembayaran semula. Jika lebih 20 hari, anda akan dikenakan bunga. Bayangkan setiap hutang anda bertambah setiap bulan dan bayaran minimum anda hanya mampu membayar bunga sahaja. Maka jangan hairan kenapa jumlah hutang kad kredit tidak berganjak, malah semakin tinggi.

Untuk mengelak daripada perkara ini berlaku, pastikan anda membayar sepenuhnya jumlah yang telah anda pinjam sebelum ianya dikenakan bunga. Mungkin ada antara anda yang mungkin tidak sempat untuk membayar tunggakan kad kredit kerana mempunyai gaya hidup yang sibuk. Anda boleh menggunakan servis pemindahan segera MEPS untuk membayar tunggakan kad kredit. Servis pemindahan MEPS ini juga boleh digunakan untuk pembayaran balik pembiayaan kewangan kereta atau rumah. Anda juga boleh membayar duit yang dipinjam daripada rakan dengan mudah. Yang paling penting sekali pemindahan wang adalah terjamin selamat dengan paparan butiran penerima sebelum ianya disahkan. Maka, tenanglah jiwa selepas langsaikan hutang.

Tabiat ini sangat popular dalam kalangan masyarakat kita yang gemar meraikan duit gaji masuk di awal bulan. Sedar atau tidak, tabiat ini jugalah antara penyebab ramai orang ‘makan mi segera’ di hujung bulan.

Tak salah nak makan besar sekali-sekala. Tapi, biarlah berpada-pada. Sepatutnya, duit makan besar itu disimpan supaya boleh menjadi aset dikala kita memerlukan wang. Lagipun, apa fungsi bekerja kalau langsung tidak dapat menyimpan?

Salah satu tips yang amat mudah bagi mengelakkan dari berbelanja besar di awal bulan adalah dengan memotong terus sedikit dari wang gaji untuk masuk ke satu akaun bank yang khas untuk simpanan. Gunakan servis pemindahan segera MEPS untuk memindahkan wang dari akaun gaji ke akaun simpanan anda. Servis pemindahan MEPS boleh didapati secara online melalui telefon pintar mahupun dimana-mana ATM seluruh negara. Tidak perlu lagi membazir masa menunggu nombor giliran di bank dan bersusah payah mencari parking.

Dalam zaman yang serba moden dan ringkas ini, membeli barang di kedai bukanlah satu kepentingan lagi. Kini lebih ramai yang gemar untuk membeli barangan secara online. Ini kerana ianya dapat menjimatkan kos perjalanan dan sudah tentu masa. Namun anda haruslah berhati-hati ketika membeli barang secara online.


via GIPHY

Adalah lebih baik jika anda membuat kaji selidik tentang barang yang ingin dibeli terlebih dahulu seperti membaca ulasan pengguna dan video review di laman sosial contohnya.

Anda juga perlu membandingkan harga barang yang diinginkan. Hati-hati dengan peniaga yang menipu di Internet. Jika perlu, hubungi terus penjual dan kaji selidik identiti penjual di laman sosial.

Mungkin ada di antara anda yang ragu-ragu dengan pembelian secara online, situasi yang sangat difahami, anda tetap perlu membuat kajian terlebih dahulu dalam menentukan kedai yang paling murah. Bandingkan harga pasaran dan kualiti barang tersebut di Internet sebelum pergi ke kedai untuk membelinya.

Ingat, barang yang murah tidak semestinya satu pembelian yang berbaloi. Ya, anda mahu berjimat, tetapi membeli barang murah bukanlah solusinya. Ini kerana setiap harga barang dinilai daripada kos pembuatan di kilang. Barang yang berkualiti selalunya dijual pada harga yang sedikit mahal kerana menggunakan bahan atau teknologi baru.

Kita ambil contoh mudah, membeli kasut Adidas tiruan berbanding dengan kasut Adidas original yang sedikit mahal. Kebarangkalian kasut Adidas tiruan untuk rosak adalah lebih tinggi jika dipakai setiap hari maka anda terpaksa membeli lagi kasut baru secara berulang-ulang tanpa anda sedari kos membeli sudah melebihi harga kasut original yang mungkin mampu bertahan dengan lebih lama.


via GIPHY

Alah membeli menang memakai. Tetapi barang berharga tinggi juga tidak semestinya barang yang bagus dan berkualiti. Kadang-kala harga tinggi disebabkan jenamanya sahaja, jadi anda harus menjadi pembeli yang bijak ketika membuat keputusan sebelum berbelanja. Anda juga perlu peka dengan tawaran dan promosi yang ditawarkan untuk mendapatkan barang berkualiti dengan harga yang lebih rendah.

Antara perkara yang selalu terlepas pandang oleh kita adalah kos elektrik. Ramai yang tidak mengendahkan tentang penjimatan elektrik namun tahukah anda, anda dapat penjimatan sehingga separuh daripada jumlah bil elektrik dan jika anda betul-betul peka dengan penggunaan elektrik di rumah.


via GIPHY

Salah satu tabiat yang sering diamalkan oleh kita adalah tidak menutup suis ketika keluar dari rumah. Walaupun langkah seperti ini nampak remeh namun percayalah, menutup suis elektrik merupakan benda penting yang perlu anda ambil perhatian terutamanya penggunaan penghawa dingin jika anda mahu berjimat.

Pendek cerita, untuk elakkan pembaziran tenaga elektrik, tutup suis daripada plug apabila peralatan elektrik tidak digunakan. Jika anda letak dalam keadaan standby atau sleep mode, tenaga elektrik masih digunakan, jadi lebih baik tutup sahaja. Anda juga disarankan untuk cabut terus soket daripada plug kerana tenaga elektrik masih mengalir walaupun anda tidak membuka suis.

Ini lagi satu perkara yang sering dipandang remeh oleh kebanyakkan orang. Setiap daripada anda sudah tentu memiliki sebuah telefon pintar dan kesemua telefon ketika ini dimuatkan dengan fungsi GPS untuk memudahkan navigasi ketika anda menuju ke sesuatu destinasi.

Dengan menggunakan GPS, anda tidak perlu lagi membazir masa untuk mencuba jalan yang tidak diketahui arah tujunya. Malah anda juga dapat menjimatkan penggunaan minyak kerana fungsi GPS seperti Google Maps dan Waze dapat membantu memilih jalan yang terbaik untuk anda.



[sumber]
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==