Akan Ditembak Jika Melaungkan 'Allahu Akbar' Selepas Tiga Langkah Di Venice



“Sesiapa yang melaungkan perkataan ‘Allahu Akbar’ di bandar raya Venice akan ditembak," kata Datuk Bandar Luigi Brugnaro.

Pada tahun lalu, mereka akan ditembak empat langkah, tapi kini mereka akan ditembak selepas tiga langkah.

Selepas ‘cadangan kejam’ dan tidak masuk akal itu dikemukakan, rakan sejawatannya dari Florence, Dario Nardella berteriak ‘Allahu Akbar’ sebaik sahaja selesai mesyuarat antara kedua-dua mereka bagi membincangkan isu keganasan di bandar Rimini kelmarin selesai.

Dalam pada itu, Nardella bergegas beredar sebelum Brugnaro mengejarnya dan memegang lengannya.

Secara spontan Nardella melaungkan ‘Allahu Akbar’ (perkataan yang didakwa dilaungkan oleh pengganas semasa serangan) sebelum kedua-dua Datuk Bandar terbabit ketawa berikutan ‘lawak jenaka’ yang mereka lakukan.

Klip rakaman tersebar dan rata-rata netizen yang berpendapat kelakuan mereka tidak wajar dan tidak melucukan.

Netizen menyatakan bahawa kedua-dua pemimpin itu tidak sensitif seperti sengaja menimbulkan kemarahan apatah lagi selepas 15 orang mati terbunuh di lokasi tumpuan pelancong di Sepanyol enam hari lepas.

Berikutan itu Nardella telah memohon maaf kerana menggunakan laungan ‘Allahu Akbar’ sebagai bahan gurauan.

“Bukan tujuan saya untuk sengaja berbuat demikian, bukan kepada komuniti Muslim, bukan niat mahu melawak berkaitan agama apatah lagi untuk membangkitkan tragedi baru-baru ini,” katanya selepas perbuatannya menimbulkan kemarahan netizen berikutan tersebarnya rakaman insiden terbabit.

Malah dalam video itu, dakwanya, dia menjarakkan diri dari kenyataan Brugnaro berkaitan orang Islam.

“Sesiapa yang kenal saya tahu bagaimana pentadbiran saya yang berkomunikasi dengan semua komuniti agama termasuk Islam,” kata Nardella.



[sumber]
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==