David Beckham bakal kembali ke Malaysia lagi. Bintang bola sepak yang merupakan bekas pemain Manchester United (MU) itu akan berkunjung ke Kuala Lumpur pada 22 September ini.
Kehadiran bintang popular bola sepak dunia itu diumumkan oleh syarikat insurans terkemuka cawangan Malaysia, AIA Malaysia ke Kuala Lumpur sempena program eksklusif AIA Vitality Wellness Festival.
Menurut penganjur,
"Mulai minggu ini, lengkapkan tugasan penjagaan kesihatan atau senaman #BeBetter untuk memenangi pelbagai hadiah dan peluang bertemu Duta Global AIA, David Beckham,"
Walaubagaimanapun kenyataan itu tidak menyebut mengenaii lokasi dan butiran acara yang bakal dihadiri Beckham. Mac lalu, suami kepada Victoria ataupun lebih dikenali sebagai Posh Spice dilantik sebagai duta AIA Global.
Bagi peminat yang mengikuti perkembangan atlet berpengaruh dunia ini, jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan selebriti bola sepak tersebut. Kali terakhir Beckham datang ke Kuala Lumpur adalah pada November 2014, bagi menghadiri sambutan ulang tahun jam jenama mewah di Pavilion.
Sumber : Berita Harian
[sumber]