Anda Pernah Menghadapi Masalah Flight Delay Sebelum ini ? Jangan Risau Tips-tips Ini Akan Membantu Anda



Mesti ada daripada kalangan kita yang pernah menghadapi masalah ini kan? Terima kasih kita ucapkan pada Imran Idris kerana sudi berkongsi maklumat ini.

Tips-tips mendapatkan hak sebagai penumpang pesawat sekiranya flight delay :

1.    Semak semua maklumat sebelum mengesahkan tempahan.

2.    Baca terma dan syarat syarikat penerbangan yang penting. Antaranya :

i.   Bolehkah saya memindah milik tiket kepada orang lain?
ii.  Adakah saya akan dikenakan bayaran sekiranya saya membatalkan penerbangan?
iii. Apa dokumen perjalanan yang perlu saya bawa?
iv. Adakah syarikat penerbangan dibenarkan mengatur semula jadual penerbangan?

3.    Beg atau peralatan mudah alih seperti kerusi roda rosak atau tidak tiba dengan pesawat yang sama.

4.    Pesawat lewat lebih daripada 2 jam – layak mendapat makanan dan panggilan telefon percuma.

5.    Pesawat lewat lebih daripada 5 jam – layak mendapat penginapan di hotel, dan pengangkutan, sekiranya perlu ( pengangkutan pergi balik ke hotel ).

6.    Pesawat anda dibatalkan – layak mendapat bayaran penuh atau penerbangan alternatif seawal mungkin atau pada tarikh lain.

Satu-satunya pengecualian adalah apabila berlakunya suatu “keadaan luar biasa” yang termasuk risiko keselamatan atau cuaca ekstrem, yang mana syarikat penerbangan tidak dapat menjangkanya.

Jika anda berpandangan bahawa anda tidak menerima pampasan sewajarnya, sila kemukakan aduan rasmi kepada syarikat penerbangan tersebut sebelum anda menghubungi

Malaysian Aviation Commission - MAVCOM.

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia.



[sumber]
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==