Beberapa Laman Web Malaysia Digodam(Deface) Susulan Isu Bendera Terbalik



Beberapa laman web Malaysia menjadi mangsa godaman oleh satu kumpulan penggodam susulan isu bendera Indonesia dicetak secara terbalik dalam buku panduan Sukan Sea Kuala Lumpu 2017 baru-baru ini.

Hasil tinjauan Siakap Keli mendapati penggodam itu telah menggodam beberapa laman web Malaysia termasuk laman web Sekolah Seri Puteri.

Mesej di laman itu antaranya menulis: "Bendera kami bukan mainan" dan  "Dan jangan curangin atlit kami".

Dalam pada itu, beberapa laman yang terkesan telah ditutup buat sementara waktu dan kembali pulih seperti biasa tidak lama selepas itu.

Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairy Jamaluddin, telah bersemuka dengan Menteri Belia dan Sukan Indonesia untuk memohon maaf secara rasmi atas kesilapan tersebut.



[sumber]
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==