Bendera Indonesia Dicetak Terbalik di Buku Sukan Sea 2017, KJ Sendiri Tampil Mohon Maaf


Kuala Lumpur - Timbul sedikit isu dalam Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur apabila bendera negara Indonesia dicetak secara terbalik dalam satu buku panduan yang diagihkan semasa majlis pembukaan acara itu d iStadium Bukit Jalil semalam.

Di halaman ke-80 buku itu, bendera merah putih Indonesia dicetak terbalik menjadi putih merah.


"Saya kira ini sangat cuai sekali. Hal ini mencederai kemegahan pembukaan SEA Games 2017 yang disaksikan jutaan orang," kata Kementerian Pemuda dan Olahraga (Kemenpora) Imam Nahrawi, seperti dilaporkan Antaranews.

"Protes jelas akan kami lakukan. Kami menunggu permintaan maaf secara langsung dari Pemerintah Malaysia. Masa acara besar dan istimewa seperti pembukaan SEA Games harus ternoda oleh hal ini," ujar Imam.

Peka dengan perkara itu, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairy Jamaluddin tampil sendiri di Twitter bagi meminta maaf atas kesalahan tersebut.

"Bapak Imam, Please accept my sincere apologies for this. Sesungguhnya tiada niat jahat. Saya amat kesal dengan kesilapan ini. Mohon maaf." tulis KJ sebagai balasan di Tweet terbabit.

Bagaimanapun, berdasarkan beberapa balasan di tweet KJ itu, masih ada yang mahu Malaysia mengeluarkan kenyataan memohon maaf secara rasmi.

Dalam pada itu, jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) menerusi satu kenyataan rasmi malam tadi menyatakan permohonan maaf atas kesilapan tidak disengajakan itu.



[sumber]
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==