Selalu kita dengar dan lihat, banyak penunggang motorsikal yang terlibat dengan kemalangan, kebanyakannya melibatkan dengan kenderaan empat roda yang lain.
Apa yang sering menjadi penyebab adalah kerana pemandu tidak dapat melihat dengan baik adanya motorsikal di laluan mereka.
Jika itu adalah salah satu penyebabnya, mungkin perkongsian kali ini, boleh bantu mengurangkan dan meyelamatkan nyawa penunggang motorsikal dalam berhadapan dengan situasi di persimpangan, khususnya.
Ini kerana, penglihatan dan persepsi menjadi punca akan kemalangan, tapi ia juga adalah kunci untuk mengelak dari ianya berlaku.
Ini antara cara yang boleh penunggang motorsikal lakukan untuk mengelakkan dari dilanggar oleh kenderaan.
1. Hidupkan lampu motor walaupun ketika di siang hari
Dengan berbuat demikian, pemandu lain akan perasan kehadiran anda, dan ia juga boleh menampkkan anda sudah semakin hampir. Selain itu, dengan menghidupkan lampu besar, ia dapat membezakan dengan kenderaan lain yang mempunyai ‘daytime running lights’.
2. Warna cerah
Sebaiknya anda pakai pakaian cerah seperti kuning, oren, putih ataupun merah.
3. Helmet
Ia juga memainkan peranan penting, jadi sebaiknya helmet perlu mempunyai warna-warna yang cerah.
Letakkan diri anda pada kedudukan yang mana pemandu yang berada di persimpangan dapat melihat kehadiran anda yang sedang menghampiri.
5. Kenderaan besar
Jadikan kenderaan besar seperti trak, dan bas sebagai ‘perisai’ dengan melepasi persimpangan bersebelahan mereka.
Pemandu yang akan melintas mungkin tidak akan nampak anda, tetapi kenderaan besar jelas terlihat, jadi mereka tidak akan sama sekali buat pusingan di hadapan mereka (kenderaan besar).
6. Berjaga-jaga dengan apa yang anda tidak dapat lihat
Kenderaan besar di hadapan anda, termasuk van dan SUV boleh menghalang/menyembunyikan kenderaan lain yang hendak membelok di hadapan. Jangan sesekali buat pusingan/membelok sekiranya anda tidak nampak apa yang ada di hadapan.
7. Kelajuan
Sekiranya anda betul-betul yakin kereta di hadapan sempat untuk membelok/buat pusingan, kekalkan kelajuan anda atau perlahankan sedikit bila mendekati persimpangan.
Pemandu mungkin tidak dapat mengagak kelajuan anda dan merasakan sempat untuk berada di hadapan anda.
Sekiranya pemandu kenderaan lain yakin anda semakin perlahan, mereka tahu anda akan berhenti atau ke tempat lain, dan mereka boleh untuk memasuki lorong/simpang.
Jangan berikan isyarat/signal untuk masuk ke simpang secara tiba-tiba, melainkan anda pasti ingin memasuki simpang tersebut.
Jika sudah melepasinya, pastikan signal tersebut dimatikan serta-merta, kerana jika signal terus menerus terpasang, pemandu lain terpaksa berikan laluan kepada anda terlebih dahulu.
9. Ada halangan
Sekiranya anda melihat terdapat halangan atau ancaman di persimpangan, adalah lebih baik untuk anda bergerak ke lorong lain secara perlahan-lahan.
10. Beri isyarat mata
Jangan terus masuk ke persimpangan hanya kerana anda yakin dah berikan isyarat mata kepada pemandu lain yang ingin membuat pusingan. Ini kerana terlalu banyak kemalangan berlaku, yang mana penunggang menyatakan “dia telah beri isyarat mata, tetapi pemandu tersebut masih lagi membelok..”
Baik pemandu kenderaan atau penunggang motorsikal, sentiasa berwaspada dan jangan buat pusingan/membelok secara terburu-buru, apa yang penting berikan lampu isyarat (signal) sekiranya ingin bergerak masuk.
Utamakan keselamatan diri anda juga.
Sumber: cruiser
[sumber]