Cara Ini Mungkin Boleh Digunakan Untuk Bantu Mudahkan Urusan Tawaf Ketika Keadaan Sesak


Musim haji telah tiba, jemaah dari Malaysia juga tidak ketinggalan untuk mengerjakan haji pada tahun ini, dan bagi perayaan aidil adha pula, ianya jatuh pada 1 September nanti.

Buat mereka yang berkesempatan untuk ke tanah suci, lebih-lebih lagi setelah menunggu lama dan merupakan kali pertama mengerjakan ibadah haji, rasa syukur yang tak terhingga pasti sentiasa terukir di bibir.

Dalam pada itu juga, para jemaah ingin melakukan sebanyak mungkin ibadah di sana, selain menunaikan haji. Menerusi perkongsian dari Hamri Ibrahim yang mana ketika ini berada di tanah suci, telah kongsikan cara untuk memudahkan urusan tawaf dalam keadaan sesak.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.

TEORI TAWAF DALAM KEADAAN SESAK

Tawaf merupakan salah satu rukun Haji & Umrah yang wajib dilakukan oleh semua jemaah haji.. Memandangkan jumlah jemaah haji yang semakin ramai ketika ini, memang agar sukar untuk mencari masa melakukan tawaf dalam keadaan yang lapang dan selesa.

Justeru, berdasarkan pengalaman saya melakukan beberapa kali tawaf sunat, panduan ini mungkin berguna untuk dipraktikkan ketika tawaf dalam keadaan yang sesak dengan ribuan jemaah haji.

No 1 (biru) ialah sudut hajarul aswad yang juga merupakan permulaan dan pengakhiran tawaf. Di sinilah kawasan paling sesak dalam kawasan Mataf (tempat tawaf) kerana jemaah haji akan keluar masuk di sini.

Di samping ramai jemaah haji yang berpusu-pusu untuk mengucup hajarul aswad dan menuju ke Multazam. Seeloknya berjalan di posisi pertengahan, tidak terlalu hampir ke dinding Kaabah dan tidak terlalu jauh.

Apabila menghampiri Maqam Ibrahim, disaran untuk menggunakan laluan luar (anak panah hijau) bagi mengurangkan kesesakan. Jemaah haji lain akan berpusu-pusu menuju ke kawasan dalam antara Maqam Ibrahim dan pintu Kaabah. 

Di samping ramai juga berkumpul di depan pintu Kaabah dan disekeliling Maqam Ibrahim sambil melakukan perkara2 yang tak berapa syari'e (walaupon telah ditegah beberapa kali oleh pengawal di sana) sekaligus menambahkan lagi kesesakan lalulintas. Beri saja laluan kepada mereka, tidak perlu berebut-rebut.
Setelah melepasi Maqam Ibrahim, akan ada sedikit ruang kosong di kawasan No 2 (ungu). Cepat-cepat bergerak ke situ untuk mendapatkan ruang yang lebih selesa sambil menghirup udara segar dan bergerak menuju ke Hijr Ismail (antara sudut Iraqi dan Shami). 
Lalulintas sudah mula berkurangan tetapi masih padat. Sambil melepasi Hijr Ismail bolehlah baca doa yang terdapat dalam buku panduan yang telah disediakan oleh Tabung Haji.

Sebaik saja memasuki sudut Shami, keadaan sudah semakin lapang dan saya namakannya sebagai speeding zone (oren), hehe.. Mula berjalan dengan lebih pantas dan menyelit di ruang-ruang kosong yang boleh memotong. Jika perlu, gunakan lane luar dan cut back semula ke dalam. Dapatkan posisi yang selesa sebelum menuju ke sudut Yamani.

Perbezaan antara sudut hajarul aswad dan sudut Iraqi


Sudut paling padat dalam kawasan Mataf

Di sini sudut Yamani, keadaan sudah mulai sesak kerana ada jemaah haji yang baru masuk untuk memulakan tawaf dan ramai yang sudah mula merapati dinding Kaabah untuk mencuba nasib di hajrul aswad (kelabu). 
Seeloknya berada di posisi pertengahan seperti pada permulaan tawaf tadi dan bergeraklah dengan sabar dan tawaduk sambil membaca doa yg telah diajar semasa berada diantara sudut Yamani dan sudut hajarul aswad (Rabbana atina fiddunya hasanah .. .. ..).

Sebaik sahaja melepasi lampu hijau dan beristilam di sudut hajarul aswad, maka lengkaplah satu pusingan tawaf. Ulang semula sehingga selesai kesemua 7 pusingan dengan yakin. Tolak menolak itu perkara biasa, banyakkan bersabar dan berdoa ketika melakukan tawaf..

Kemungkinan besar panduan ini sudah tidak berapa applicable jika keadaan jemaah haji sudah terlampau padat. Semoga bermafaat.

Buat keluarga, anak-anak, saudara mara, rakan atau kenalan yang telah baca akan cara ini, mungkin boleh kongsikan kepada mereka yang berada di tanah suci, moga-moga boleh memudahkan urusan tawaf dan melancarkan lagi urusan di sana. – Siakap Keli

BACA: Musim Haji Telah Tiba, Ini Beberapa Panduan Ketika Mengerjakan Ibadah Haji Yang Boleh Dijadikan Rujukan Bersama



[sumber]
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==