Dekat kedai, mesti ada sahaja jual kek, lagi-lagi kek keju yang popular dan ramai yang buat, tapi kalau dibuat sendiri, ia sedikit berbeza, boleh ikut citarasa kita sendiri.
Apa yang lagi mudah, keknya tak perlu dibuat, hanya beli yang dah siapa buat, macam Robizamunira MK kongsikan ini, yang mana dia hanya membuat ‘topping’ sahaja, iaitu ‘cream cheese’ yang meleleh.
Jomlah kita tengok macam mana nak buat, dah terliur ni.
Resepi chesse kek 5 minit siap
Bahan-bahan
1. 200g cream chesse (kalau brand emborg ada jual ngam 200g)
2. 170g susu pekat manis (kalau suka manis, letak lebih sikit)
3. 50ml Whipping cream
4. Cheddar (untuk letak bahagian atas chesse cake)
5. Kek span pandan beli di NSK (RM5.60)
i. Campurkan cream chesse, susu pekat dan whipping cream. Gaul sehingga sebati, sampai xberketul. Pakai tangan je.
ii. Potong kek pandan letak dalam bekas siap-siap
iii. Tuang cream chesse yang dah siap ke atas kek pandan ikut banyak yang korang nak.
iv. Kemudian parut cheddar atas kek tersebut, , ,
v. siap simpan dalam peti semalam, esoknya boleh dimakan dengan bismilah
** selamat mencuba
[sumber]