Ekuesterian Polo: Pasukan 'Tall, Dark & Handsome' Akan Berentap Dengan Putera Tampan Brunei 22 Ogos Ini


Acara ekuestrian polo Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur (KL2017), adalah antara perlawanan yang tidak sabar untuk dinantikan ramai, bakal membuka tirainya pada 22 Ogos ini.

Pasukan Malaysia bakan berdepan dengan kerabat diraja Brunei di Taman Ekuestrian, Putrajaya, menerusi laporan Bernama, tulis Astro Awani.

Dilihat pada senarai pasukan yang mengambil bahagian, di antara tujuh pemain yang disenaraikan dalam pasukan polo Brunei, empat pemain adalah merupakan kerabat diraja Brunei, iaitu, Putera Abdul Mateen Bolkiah, 26; Puteri Azemah Ni'matul Bolkiah, 33; Pengiran Muda Bahar Bolkiah, 36; dan Pengiran Muda Abdul Qawi, 43.

Dikenali ramai kerana aktif bersukan, Putera Abdul Mateen merupakan barisan keenam pemegang takhta kesultanan Brunei, manakala kekandanya, Azemah Ni'matul antara dua pemain polo wanita bagi acara ekuestrian polo KL2017.

Bagi pasukan Malaysia, Khairy, yang merupakan menteri pertama di rantau ini yang mengambil bahagian dalam sukan dwitahunan itu, akan bermain bersama enam pemain utama polo Malaysia.

Pasukan Polo Malaysia:


1. Khairy Jamaluddin
2. Shaik Reismann Mohamed Ismail
3. Muhammad Faizal Abu Bakar
4. Abdul Rashid Hasnan
5. Amran Selamat
6. Tengku Ahmad Shazril Ezzani Tengku Suleiman
7. Mohd Zulhelmi Nadzar

Pasukan Polo Brunei:


1. Pangiran Muda Abdul Mateen Bolkiah
2. Puteri Azemah Ni'matul Bolkiah
3. Pangiran Muda Bahar Bolkiah
4. Pangiran Muda Abdul Qawi
5. Huzaimi Haji Mahari
6. Mohamad Huzaimi Husin

Pengurus pasukan Malaysia, Mohamad Zekri Ibrahim melahirkan rasa bangga kerana Khairy menyertai pasukan itu, tambahan pula menteri berkenaan adalah seorang pemain polo yang berpengalaman dan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam permainan itu. - Siakap Keli



[sumber]
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==