Seorang perempuan sudah pasti akan berdandan sebelum keluar rumah bukan? Ini ada beberapa tips yang menjimatkan duit yang boleh anada ikuti.
1. Gunakan Tisu Tandas Untuk Lap Minyak pada Wajahmu
Tisu tandas biasanya lebih tebal berbanding dengan tisu kecantikan biasa. Letakkan pada bahagian yang berminyak dan gosok. Jangan gosok dengan kuat ye!
Tips ini sesuai untuk kulit yang berminyak
2. Bedak Tabur Untuk Gincu Tahan Lebih Lama
Setiap kali lepas makan perlu baiki gincu, sudah pasti merimaskan bukan? Untuk gincu lebih tahan lama, anda boleh letakkan sedikit bedak tabur semasa anda menggunakan gincu.
3. Gunting, Gunting Dan Gunting
BB Cream, CC Cream atau Foundation anda sudah habis? Anda pasti? Cuba gunting dahulu dan lihat ke dalamnya. Tips ini sudah pasti mampu menjimatkan anda.
4. Eyeliner Putih Sebagai Eyeshadow Base
Anda tak ada eyeshadow base? Kehabisan eyeshadow base? Tahukah anda bahawa eyeliner putih juga boleh digunakan sebagai eyeshadow base. Cubalah!
5. Maskara Kering? Letak Ubat Titis Mata
Maskara kegemaran anda kekeringan? Cuba letakan sedikit ubat titis mata ke dalam maskara anda. Sudah pasti anda boleh gunakan semula.
6. Ubah Gincu Matte Jadi Glossy
Anda perlukan lips gloss? Anda hanya miliki gincu matte? Letakkan sedikit baby oil selepas anda menggunakan gincu matte anda.
Selamat Mencuba !
Sumber- grid.id
[sumber]