Meskipun dirinya sedang hamil 5 bulan, atlet ekustrian negara ini masih mampu menyumbangkan 2 pingat emas buat Malaysia pada Sukan Sea Kuala lumpur 2017.
Pada usia 35 tahun dan sedang hamil, atlet Quzandria Nur menyumbang pingat bago kategori dressage individu dan acara dressage berpasukan sekaligus menewaskan abangnya, Qabil Ambak yang turut serta dalam acara tersebut.
Persembahan menarik Quzandria memberikannya 152.029 peratus mata dalam dua peringkat, manakala Qabil, 37, yang memenangi emas di temasya 2001, 2005 dan 2007, terpaksa berpuas hati dengan 149.547 peratus dan pingat perak.
Quzandria dan Qabil sebelum ini mengesahkan emas berpasukan dressage, Selasa lalu.
"Saya kini sedang hamil lima bulan. Saya mendapatkan nasihat doktor sebelum Sukan SEA ini dan akhirnya memutuskan untuk bertanding," kata Quzandria, yang agak emosi selepas keluar daripada persaraan 10 tahun di temasya Sukan SEA.
"Ketika berlatih dan bertanding, saya memberitahu kepada diri sendiri supaya tidak memikirkan kepada kandungan ini dan ia bukan halangan untuk saya mencapai matlamat.
"Malah, mungkin kandungan ini membawa tuah kepada saya. Namun segala-galanya lebih mencabar hari ini dan kemenangan ini membuatkan ia lebih bermakna, jelasnya.
Sumber- Berita Harian Online
[sumber]