Ikan Tapah Gergasi Bawa Tuah Tiga Sekeluarga



BAGAN SERAI: Seekor ikan tapah seberat 70kilogram yang tersangkut di pukat membawa rezeki kepada tiga sekeluarga.

Alor Pongsu berjaya menjual ikan kepada penduduk sekitar dengan harga lebih RM2,000 dalam tempoh kurang sejam.

Muhammad Amirul Jamaludin, 27, berkata dia bersama adiknya, Muhamad Aiman, 19, dan bapa mereka, Jamaludin Mahmud, 60, memasang pukat berkenaan semalam dan mengangkatnya pagi tadi.

"Ketika memeriksa jaring, kami terkejut melihat kelibat sesuatu yang besar berada dalam air terperangkap pada jaring dan selepas beberapa minit mengamatinya ia seekor ikan tapah gergasi", katanya lagi.

"Kami bertiga segera menaikkan ikan itu dan membawa pulang ke rumah dan atas permintaan penduduk kampung, ikan itu kemudian disiang dan dijual kepada penduduk sekitar dengan harga RM35 sekilogram".

"Alhamdulillah hasil jualan ikan ini melebihi RM2,000," katanya di sini hari ini.

Muhammad Amirul berkata, ini kali pertama mereka memperoleh ikan tapah gergasi sepanjang memasang jaring di sungai dan bersyukur dengan rezeki diperolehi.

Sumber- Nur Fitri Damia



[sumber]
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==