Sabah merupakan negeri ataupun tempat yang sudah terkenal diseluruh dunia kerana ramai pelancong daripada luar negara datang berkunjung ke negeri itu hanya untuk melihat dan menikmati keindahan alam semulajadi dengan mata kepala sendiri. Baru-baru ini, Kota Kinabalu mendapat anugerah tempat paling popular dikunjungi asia pasifik untuk pelancongan.
Ianya memang benar dan merupakan tarikan besar pelancong dari China dan Korea Selatan. Nak tahu kenapa ?
Sabah sangat menarik dari segi pelancongan kerana menawarkan percutian 3 dalam 1.
Anda boleh bercuti untuk menikmati pemandangan semulajadi dengan elemen pergunungan, pantai, dan pulau serta budaya masyarakt yang berbilang bangsa.
Disini saya sertakan 11 senarai tempat menarik di sabah dan bersedia untuk terpesona.
1. Taman Kinabalu
Kinabalu Park - Pemandangan dari kampung
Taman Kinabalu merupakan pintu masuk ke Gunung Kinabalu dan tempat menarik di Sabah yang paling popular. Ia terletak 1585 meter diatas paras laut dan menjadi tapak permulaan bagi pendakian ke puncak Gunung Kinabalu.
Ia meliputi kawasan seluas 754 km persegi dan merangkumi Gunung Kinabalu, Gunung Tambayukon dan kaki bukit.
Gunung-gunung ini memiliki sejarah geografi yang menarik dengan mengambil masa beribu-ribu tahun untuk terbentuk. Gunung Kinabalu yang tersergam indah sebenarnya adalah massif granit yang kemudiannya tembus dari kerak ke permukaan bumi.
Massif ini muncul ekoran daripada hakisan pasir dan batu lumpur setebal beberapa kaki. Semasa Zaman Ais, glasier yang menuruni puncak membentuk kawasan tersebut tetapi puncak berceranggah ini menjadi mercu tanda Taman Negara pada hari ini.
2. Rainforest Discovery Centre
Rainforest Discovery Centre (RDC) di Sepilok, Sandakan adalah sebahagian dari Hutan Simpan Kabili-sepilok merupakan Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok dan tempat menarik di Sabah untuk aktiviti kajian alam semulajadi Borneo.
Terletak di Sabah, ia merupakan salah satu pusat pendidikan alam sekitar yang paling terkenal di negeri itu.
Pelancong juga boleh bersiar-siar di dalam hutan di sepanjang 147 meter panjang laluan pejalan kaki kanopi dan nikmati pemandangan hutan hujan yang indah.
Kawasan RDC ini juga amat sesuai dikunjungi oleh pecinta flora kerana terdapat kira-kira 250 spesis orkid asli yang berkembang mekar. Orkid adalah kumpulan tumbuhan berbunga terbesar di seluruh dunia dengan kira-kira 25,000 spesis liar secara kesuluruhan.
3. Pulau Sipadan
Pulau Sipadan merupakan tempat menarik di Sabah untuk kategori pulau, dan ianya menjadi tarikan antara 10 pulau terpilih di dunia.
Terletak 700m dari dasar laut dan hanya berkeluasan 12 hektar, satu-satunya pulau laut di Malaysia ini mempunyai saiz yang agak kecil.
Pelawat boleh mengelilingi pulau ini dalam masa 25 minit. Pulau yang dikelilingi air laut yang bersih dan jernih mempunyai kekayaan hidupan laut yang menakjubkan.
Pulau sipadan telah diisytiharkan sebagai kawasan perlindungan burung pada tahun 1933 oleh pemerintah Borneo utara ketika itu.
Ia diwartakan semula pada tahun 1963 oleh Kerajaan Malaysia.
4. Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok
Waktu terbaik melawat orang utan atau ‘Orang Liar Borneo’ adalah pada pukul 10 pagi dan pukul 2.30 petang kerana mereka akan keluar pada waktu itu untuk mendapatkan makanan harian seperti pisang dan susu.
Selain orang utan, terdapat lebih 200 spesis burung dan pelbagai jenis tumbuhan liar yang boleh dijumpai di dalam hutan simpan 5,666 hektar.
5. Taman Marin Tunku Abdul Rahman
Terletak kira-kira 10 ke 20 minit perjalanan menaiki bot laju dari ibu negeri Sabah, Kota Kinabalu, Taman Marin Tunku Abdul Rahman terdiri daripada lima buah pulau yang indah berkeluasan melebihi 4929 hektar, dua pertiga daripadanya adalah laut.
Antara pulau-pulau yang terdekat dengan Taman Marin Tunku Abdul Rahman adalah – Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sulug, Pulau Gaya dan Pulau Sapi mempunyai pantai berpasir putih yang penuh dengan ikan dan terumbu karang; sesuai untuk penyelam baru serta mereka yang berkelah.
6. Lembah Danum
Kawasan pemuliharaan yang terletak 83 km ke barat daya Lahad Datu kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna. Hutan cantik ini menjadi habitat bagi Badak Sumatera, orang utan, ungka, pelanduk dan harimau akar. Lebih kurang 270 spesis burung telah direkodkan di kawasan tersebut.
Lembah Danum juga telah menjadi salah sebuah eko-resort pertama di Sabah yang dikenali sebagai Borneo Rainforest Lodge. Resort tersebut memiliki restoran, bar dan chalet yang selesa.
7. Safari Monkey Tops
Perjalanan menuju ke Safari Monkey Tops mengambil masa selama 1 jam 30 minit. Disebalik pokok-pokok bakau yang tumbuh di Semenanjung Tanah Lembap Klias.
Dengan tanah lembap yang kekal di dalam hutan tersebut maka tumbuhan-tumbuhan dan hidupan liar seperti monyet proboscis, monyet long tail (macaques), buaya, kelip-kelip dan pelbagai spesis burung.
Bangunan utamanya yang diperbuat daripada bahan tempatan memuatkan seramai 200 orang pengunjung pada satu-satu masa. Selain itu, menara pemerhati setinggi 30 kaki juga terdapat di kawasan Safari Monkey Tops yang membolehkan pengunjung menikmati pemandangan tanah lembap tropika dan hidupan liar di tebing sungai.
8. Via Ferrata Gunung Kinabalu
Via Ferrata (atau laluan besi dalam bahasa Itali) merupakan jalan gunung yang merangkumi beberapa siri anak tangga, rel dan kabel yang melekap pada permukaan batu.
Terdapat lebih daripada 300 laluan via ferrata di dunia dan via ferrata tertinggi di dunia kini iaitu di Gunung Kinabalu di Malaysia. Poin tertinggi bermula pada ketinggian 3,400 meter dan berakhir pada ketinggian 3,800 meter.
Sukan mendaki gunung menggunakan via ferrata adalah pertama kali diperkenalkan di Asia.
Ada beberapa keperluan yang perlu dipenuhi sebelum menjalani aktiviti via ferrata termasuklah tahap kesihatan sederhana, mampu untuk mendaki setinggi 3,200 meter dalam masa 6 jam, berumur sekurang-kurangnya 10 tahun, berketinggian sekurang-kurangnya 1.3 meter dan tidak takut pada ketinggian ( atau sanggup mengatasi rasa gayat ).
9. Memorial Perang Kundasang
Memorial Perang Kundasang adalah tugu pertama yang dibina untuk memperingati banduan perang dari Australia dan British yang meninggal dunia di Sandakan dan sewaktu melakukan perjalanan maut ke Ranau dalam Perang Dunia ke-2.
Dibina oleh arkitek tempatan , J.C. Robinson yang mempunyai empat buah taman yang bercantum tetapi terasing, dan mewakili tanah tumpah darah mereka yang terkorban: Taman Australia, Taman Ros Inggeris, Taman Borneo dengan bunga liar Kinabalu dan di bhagian atas, Taman Tafakur dengan kolam dan pergola. Memorial ini juga dibuka kepada pengunjung tempatan dan luar agar dapat memperingati perjuangan mereka yang berkorban demi kemerdekaan negara.
10. Taman Marin Pulau Tiga
Pulau Tiga adalah pulau terbesar antara tiga buah pulau yang membentuk Taman Pulau Tiga. Dipilih sebagai lokasi rakaman bagi program ‘Survivor’ daripada Amerika Syarikat dan telah mengelar pulau itu sebagai ‘Pulau Survivor’.
Pulau yang terbentuk hasil daripada letusan beberapa gunung berapi lumpur. Letusan terakhir berlaku pada tahun 1941 dan sejak daripada itu, semua gunung berapi ini kekal tak aktif.
Beberapa muntahan lumpur gunung berapi yang telah sejuk, kaya dengan mineral masih boleh dijumpai berdekatan puncak pulau ini. Orang ramai menganggap bahawa lumpur yang kaya dengan mineral ini bagus untuk kulit, menjadikan mandi lumpur sebagai satu aktiviti wajib.
Terumbu karang yang mengelilingi pulau ini adalah rumah bagi banyak spesis ikan dan hidupan marin yang lain. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Taman Marin Pulau Tiga adalah menyelam, sukan air tidak bermotor, menjelajah, melihat burung dan banyak lagi.
11. Pulau Layang-Layang
Pulau Layang Layang menjadi salah sebuah lokasi menyelam terkemuka selepas Pulau Sipadan. Pantai syurga ini terletak di Laut China Selatan kira-kira 300km ke barat laut Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah.
Kawasan pulau yang luas menempatkan resort dengan 90 buah bilik, pangkalan Tentera Laut Malaysia dan koloni penetasan bagi beberapa jenis burung laut yang berhijrah.
Topografi terumbu karang terdiri daripada terumbu keras yang banyak di kawasan ini; sesetengah kawasan agak cetek dan boleh dilihat sewaktu air surut tetapi kebanyakannya bermula pada kedalaman 5m di dasar laut.
Antara hidupan laut yang terdapat di 14 tempat menyelam di sini ialah ikan jerung (black-tip sharks, hammerheads), jacks barracudas, bump-head parrotfish, lionfish, belut moray, penyu, nudibranches, gobies dan ikan ghost pipe.
Sumber : Melancong.com.my
[sumber]