Kisah pergolakan rumah tangga pasangan Hafiz Hamidun dan Joy Revfa semakin menjadi-jadi. Spekulasi demi spekulasi muncul meskipun pihak Hafiz sendiri meminta semua peminat bersabar kerana dia akan memberi kenyataan yang menjelaskan tentang situasi sebenar.
Terbaru, Joy Revfa telah memuat naik status di laman facebooknya yang dipercayai sedikit sebanyak memberikan bayang tentang situasi yang sedang melanda rumah tangganya.
Dalam nukilan tersebut, Joy umpama meluahkan segala isi hatinya dan menyebut tentang beberapa perkara yang berkaitan dengan tanggungjawab seorang suami.
Luahan Joy revfa mengundang pelbagai reaksi dan maklum balas dari netizen dan berlanjutan sehingga Hafiz juga dilihat meninggalkan komen di laman sosialnya.
Sementara itu, Hafiz Hamidun juga memuat naik status di laman Twitternya yang meminta semua untuk menunggu sedikit masa lagi sebelum dia membuat kenyataan rasmi.
Apa-apa pun diharap kedua belah pihak bersabar dan dapat menyelesaikan perkara ini dengan baik.
Sumber- Siti Arifah Amin
[sumber]