Kisah rumah tangga antara penyanyi Hafiz Hamidun dan isteri, Joy Revfa terus memuncak apabila terbaru sekeping gambar yang menunjukkan surat perceraian pengasas produk kecantikan itu dengan bekas suami tersebar.
Surat cerai yang dipercayai dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla Thailand jelas memaparkan tarikh perceraian perkahwinan pertama itu ialah pada 13 Julai lalu.
Keterangan itu sekali gus menjelaskan Joy atau Siti Arifah Mohd Amin, 30, ketika itu masih bergelar isteri orang ketika berkahwin dengan Hafiz pada 1 Mei lalu.
Susulan penyebaran sijil cerai itu akhirnya menjelaskan kemelut sebenar masalah rumah tangga pasangan itu.
Sebelum ini Joy menfailkan permohonan pembubaran perkahwinannya dengan Hafiz di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di Subang Bestari, Shah Alam pada Jumaat lalu selepas meragui perkahwinan yang dibina bersama Hafiz.
BACA: Hafiz Hamidun Meragui Pernikahan Mereka, Joy Revfa Failkan Permohonan Pembubaran Nikah
Beliau menyatakan dia terpaksa membuat permohonan itu selepas Hafiz, 33, mula meragui perkahwinan mereka dengan mendakwa ia sebagai tidak sah.
Hafiz dalam apda itu menyatakan dia akan menjelaskan semuanya selepas ini tanpa melibatkan emosi dengan menjelaskan semua fakta yang terjadi.
BACA: "Saya Tak Tahu Pun Dia Bubarkan Nikah, Saya Akan Beri Kenyataan Berdasarkan Fakta" - Hafiz Hamidun
Hafiz dan Joy Revfa yang mempunyai seorang anak berumur tiga tahun telah diijabkabulkan di Masjid Negeri, Shah Alam pada 1 Mei 2017 dengan sekali lafaz. - Siakapkeli.my
Sumber: mStar Online.
[sumber]