Lelaki Ini Kongsi Tip Buat Pasangan Yang ‘Down’ Bila Disoal Tentang Anak, Ingat ‘Tiada Anak Bukan Hukuman Dari Tuhan’


Saat dapat mendirikan rumah tangga dengan pasangan merupakan detik yang indah dalam hidup, ia telah membawa ke satu lagi tahap kehidupan yang akan diharungi dengan pasangan.

Setelah berkahwin, sudah pasti suami isteri di luar sana ingin mendapatkan cahaya mata, kalau boleh secepat mungkin kerana mahu rasai bagaimana hidup berkeluarga dengan karenah anak-anak juga saat bahagia bersama suami.

Tapi, kita sebagai manusia, hanya mampu merancang dan berusaha, apa yang bakal berlaku adalah ketentuan dariNya. Mungkin ada yang mudah untuk mendapatkan zuriat, tetapi ada juga yang mengambil masa lama, baru dikurniakan zuriat.

Dalam situasi sebegitu, suami isteri pasti rasa sedih, kecewa atau ‘down’, lagi-lagi ingin berdepan dengan masyarakat. Namun, menurut perkongsian dari lelaki ini, Andy Sulaiman, suami isteri boleh kembali kuat dan tersenyum bila berhadapan situasi ini.

TIADA ANAK BUKAN HUKUMAN TUHAN

Hari tu terserempak dengan seorang kawan. Kawan lama. Sudah agak lama tidak berjumpa malah tidak berhubung.

Tengah duduk bersembang, gatal mulut ni tanya pada dia sudah ada berapa orang anak sekarang. Dia terdiam seketika. Mukanya berubah, agak berat untuk berikan jawapan.

Katanya belum ada rezeki. Sudah bermacam cara dilakukan termasuk pergi berjumpa doktor dan beberapa sesi rawatan tradisional, belum berjaya.

Menyesal juga aku tanya begitu. Cepat aku minta maaf. Dia kata tak apa, sudah biasa.

Baik. Ada antara kita yang sudah berkahwin agak terbeban dengan isu ini. Sudah lama berkahwin tapi masih belum dikurniakan cahaya mata. Ingin menghadapi soalan masyarakat, umpama satu tamparan bagi kau orang yang belum ada kan?

Tenang. Mereka yang sudah punya anak, tidak menyedari bahawa tanpa anak, kau suami isteri juga boleh bahagia.

Ini antara beberapa tips yang boleh kau ingat, semoga bila kau suami isteri down, kau kembali senyum dan hidup kekal bahagia :

1. Kerja Tuhan


Ya, semua sudah maklum anak adalah urusan Tuhan. Walaupun berusaha siang malam pagi petang sampai lebam, jika Tuhan masih belum izinkan, belum lah. Jadi kenapa harus kusut sedangkan ini semua bukan urusan manusia, betul kan? Berdoa lah.

2. Rezeki


Tidak perlu letakkan diri kau bernasib malang hanya kerana tiada rezeki yang satu ini. Kau mungkin tiada anak tapi kau bahagia berdua, direzekikan kesihatan yang baik, kerja yang sedap, jauh dari masalah dan tiada gangguan dalam kehidupan seharian. Bukan kah itu juga rezeki? Kan?

3. Punya banyak waktu


Tiada anak, kau ada lebih masa untuk kau kejar cita-cita kau. Ramai orang terpaksa kuburkan impian mereka lantaran terpaksa uruskan anak-anak. Tak salah anak, ini pengorbanan. Jadi bagi kau yang belum ada anak, kejar lah cita-citamu setinggi gunung itu. Fuh!
4. Tak banyak disoal di Akhirat. 

Huhu. Seram bab ni. Jadi ibu bapa ni, anak-anak ni tanggungjawab kita. Esok Tuhan akan tanya bagaimana kita menjaga dan mendidik amanah Dia ni. Bukan main-main bab ni. Kau kalau dipanggil Tuhan balik sebelum ada anak, kau mungkin dah terlepas bab ni.

5. Pahala free


Geng kepochi akan mula bercakap dan buat rumusan mereka sendiri pada golongan yang tak ada anak ni. Kata kau mandul lah, laki kau mati pucuk lah, macam-macam. Andai kata semua itu fitnah macam mana? Tidak ke dengan mudah dan percuma kau dapat pahala dari umpatan dan fitnah mereka?

6. Jauh dari ujian


Tengok orang ada anak memang seronok. Tapi kau tengok orang yang bahagia. Cuba tengok orang susah tapi anak ramai. Kesian anak tu. Tengok pulak ibu bapa yang ada anak sakit, sakit kronik pulak tu. Kusut ibu bapa dia. Jadi masa ni kau kena syukur, kau jauh dari ujian ini.

7. Tuhan tak kejam


Dia dengar apa kita minta. Dia tahu apa kita nak. Ada saja yang berpuluh tahun kahwin baru dapat anak. Ada. Kau mungkin belum dapat lagi sebab Tuhan tahu kemampuan kau, Dia tahu bila masa terbaik buat kau untuk ada anak. Teruskan meminta dengan Dia.

8. Keluarga


Dalam waktu begini, keluarga perlu main peranan. Ibu bapa, mertua, adik beradik, ipar duai. Keluarga. Teruskan bagi sokongan. Jangan keluarga sana kata sini tak subur, keluarga sini kata keturunan sana mandul. Memandai je. Tak habis-habis drama.

Ok tak? Ingat. Tak perlu kau rasa down dengan hidup sebab belum ada anak. Bagitahu kat isteri kau yang sedang murung itu, ceritakan pada suami kau yang berdukacita itu. Yang penting, cinta mesti terus. Begitu-lah.

Jangan sebab tak ada anak, hubungan kau suami isteri makin tawar, salah menyalah sesama sendiri dan akhirnya rumah tangga hancur. Jauhkan.

Ok setakat itu sahaja perkongsian aku. Kau teruskan usaha, doa dan tawakal. Usaha yang ni kan sedap. Semoga berhasil.

#puakabersekutu
Keluarga nombor satu

- Siakap Keli



[sumber]
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==