'One Medal, One Tree' Untuk Pemenang Sukan SEA Ke-29



Pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa setiap pemenang sukan SEA ke-29 akan mendapat satu anak pokok? Semua pemenang-pemenang sukan SEA ke-29 di Kuala Lumpur akan mendapat pingat dan patung plush maskod RIMAU, serta terdapat satu anak pokok akan diberikan.  Tujuannya adalah untuk menyokong pemulihan hutan dalam pemuliharaan biodiversiti.

Menurut pihak MASOC (Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Malaysia, “pemberian anak pokok sebagai simbolik kepada pengimbangan semula jadi setelah begitu banyak karbon yang dikeluarkan sepanjang temasya kali ini. Konsepnya adalah anak pokok ini sebagai ‘bayaran balik’ kepada alam selepas kita menyebabkan pencemaran itu.”



“Anak-anak pokok ini akan ditanam di bawah viaduct atau jejambat yang telah dibina untuk membolehkan hidupan liar merentasi kawasan hutan tersebut dengan selamat. Kawasan ini merupakan koridor ekologi penting yang menyaksikan pergerakan lintasan yang tinggi bagi haiwan liar seperti gajah dan harimau.

Program ini dipanggil “Satu Pingat, Satu Pokok (One Medal, One Tree)”. Semua pemenang akan menerima anak pokok. Tidak kiralah pemenang pingat emas, perak atau gangsa.

Bagi atlet Malaysia, siapa yang menang emas, anak pokoknya akan ditanam khas pada satu kawasan dan diberi nama atlet tersebut. Sebagai contoh, Hafiz Jantan yang menang emas dalam pecut 100M, selepas tamatnya sukan ini, anak pokok dia akan diambil dan ditanam serta diberi nama Hafiz.

Tiga jenis anak pokok yang akan diberikan kepada pemenang iaitu Syzygium Polyanthum (Salam), Garcinia Hombroniana (Bruas) dan Syzygium Malaccense (Jambu Bol)

Sumber- KL2017 Masoc
Facebook- Faizal De Shah



[sumber]
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==