Kasih hingga ke hujung nyawa, biarpun bukan darah dagingnya sendiri.
Itulah yang boleh disifatkan kepada seorang lelaki yang tidak kisah berkorban untuk ibu mentuanya yang berusia 115 tahun biarpun sudah menjaga wanita itu sejak 40 tahun yang lalu.
Video yang memaparkan lelaki dari Sichuan itu menyediakan tofu untuk ibu mentuanya, Li Jiulian, memenangi hati netizen di China.
"Ia (tofu) adalah makanan kegemarannya. Saya beri kepadanya sedikit setiap minggu," kata lelaki tersebut.
"Dia tak suka tofu yang dibeli - terlalu masam katanya. Jadi lebih baik buat di rumah."
Didalam video itu juga, lelaki berkenaan dilihat memasak kek telur dan memberi makan kepada ibu mentuanya itu. Dia juga dilihat membasuh dan menyikat rambut ibu mentuanya.
Li Jiulian yang sudah berusia 115 tahun itu sempat menyaksikan sendiri bagaimana jatuhnya imperial China. Li berpindah ke rumah anak perempuannya selepas kematian satu-satunya anaknya pada akhir 70-an.
[sumber]