"Niat Nak Bantu Ibu-Bapa, Tapi Akhirnya Makin Menyusahkan Mereka", Wanita Luah Perasaan Terpedaya Dengan 'Multi-Level-Marketing'



Setiap dari kita pasti merasai detik detik penyesalan dengan tindakan yang pernah kita lakukan. Sekiranya masa boleh diundurkan kembali, pasti kita ingin membetulkan semula kesilapan yang dibuat.

Tetapi, kesilapan lah yang mematangkan kita sekiranya setelah kita sedar akan kesalahan itu dan tidak akan ulanginya lagi.

Setiap orang ada pelbagai cerita yang berbeza. Hari ini kita kongsikan pengakuan yang dibuat di PW Community dari seorang wanita tentang kesilapannya yang sanggup berhutang dengan bank kerana inginkan kehidupan yang senang dengan 'join' satu bisnes yang menjanjikan 'side income' yang wow.

Mari kita ikuti luahan dari wanita ini.


Kalau boleh ku undur masa.

Admin, saya nak mintak tolong, hide kan fb saya kalau admin share kan confession saya ni. Mintak tolong sangat hidekan identity saya sebab saya masih dalam TL* sekarang, cuma saya dah tak aktif. Nanti tak pasal-pasal mereka gi serang saya. Saya share Supaya takda orang terpedaya lagi.

Alkisah saya ni, dari zaman study kat IPG lagi perasan, ada kakak-kakak senior yang update status pasal pergi trip oversea, masa 2015 tu mereka pergi Beijing kalau tak silap. Pergi dengan bisnes partner katanya, pakai baju semua seragam. Tapi time tu tak tanya lagi bisnes apa dia buat. Malas nak ambil kisah.

Then awal tahun ini, tengok kawan rapat sendiri selalu post-post pasal produk *****, pun saya masih malas nak ambik kisah dia buat bisnes apa. Then masa bulan April tu, kawan ni tadi ajak makan kat Sushi King, nak belanja saya makan konon. Okay borak2, dia tau sy punya HOT BUTTON!
Itu istilah mereka guna, HOT BUTTON sy adalah BEBASKAN FAMILY dari masalah kewangan.

Dia cerita lah dapat bonus more than 10k, siap ada bonus masuk dalam akaun parents bagai, pandai pulak dia buat ayat touching, Kalau tak ikut bisnes ni, mana aku dapat bagi parents aku ribu2, bayar kereta mahal2 (dia baru keluarkan kereta Honda time tu), gaji cikgu mana cukup Untuk buat semua tu?

Aku pun terfikir masa tu, kawan aku ni dah join dan "terbukti" dia dah dapat tolong parents. So aku tanya lagi kat dia, so apa aku perlu buat? Perlu "Cari orang" tak? Dia cakap tak perlu. Yang cari orang tu hanya CL*..


 Kalau aku ingat balik ni, aku memang sakit hati. Kalau Aku tahu yg TL* ni perlu "Cari orang" Untuk jadi geng berhutang dengan bank, sumpah masa tu jugak Aku tak akan dengar kawan aku ni explain pasal bisnes TL* ni. Dia just cakap, Aku cuma perlu Senaraikan 5 nama sebagai prospek Untuk beli P*.

That's all. Aku tanya lagi, macam mana kalau P* tak terjual? Dia cakap lagi, mesti terjual punya, asal ikut cakap mentor. Fine, Aku dah terbuka hati dah masa tu. So kitorang balik lah dari Sushi King, dia siap bayarkan semua.


Then next Monday tu , dia whatsapp aku, bagitau aku perlu buat loan cepat sebab kalau lambat, nanti tak sempat merasa bonus bulan 5. Aku pun dengan bodohnya uruskan loan kat Bank Rakyat, masa kat bank aku baru teringat nak tanya kawan tu, berapa aku perlu loan, dia cakap ambil yg 65k. Hambek kau. 62k terus bank in dengan *****. Aku tak ambil masa lama untuk lulus loan sebab kerja kerajaan.

Then bermula lah hidup bertuhankan mentor. Pagi petang siang malam mentor tanya itu ini. Suruh itu ini. Mula2 kawan cakap cuma perlu senaraikan 5 nama, lepastu mentor atas kawan tu suruh listkan 24 nama. Perlu pm semua nama tu, promote pasal P* tu.


Masa tu memang kerja hakiki terganggu. Dok tengok henpon. Kalau lambat reply mentor, mula kena sindir. Then 11 Mei tu masuk bonus pulak, pergh rasa kaya sangat-sangat sebab 10k masuk akaun aku, aku siap tunjuk kat parents aku, mereka tak percaya. Aku beli macam-macam sebab dalam otak aku, nanti next month pun akan masuk bonus jugak. Dungu nya aku. Dan dalam bulan Mei tu aku baru tahu, yang aku perlu cari orang supaya layak ikut trip ke Tangalooma.

Masa tu mentor suruh approach kawan-kawan rapat, kalau ingat balik, gara-gara bisnes ni kawan2-kawan hilang. Aku tak salahkan kawan yang hilang tu. Salah aku. Mentor dok push aku contact kawan2, pujuk kawan2 supaya ikut bisnes, sampai mentor taip mesej, lepastu aku perlu translate segala mesej tu sebab aku mesej ngan kawan-kawan pakai bahasa lain, serius stress.


Aku pernah try cakap ngan prospek aku yg merupakan kawan rapat aku jugak, ikut cara aku sendiri. Aku nak slow talk. Mentor siap marah, cakap aku degil tak nak ikut cakap. Lepastu kena sindir lagi kat group WhatsApp.

Nasib baik prospek aku tu tak buat loan gara aku. Kalau tak, aku mesti rasa bersalah gila. Sorang lagi kawan lelaki aku, mentor aku ni paksa aku paksa dia buat loan semua tu. Dulu kami ni rapat , lepas aku paksa dia gara-gara mentor suruh screen shot conversation sebagai bukti aku dah paksa dia, kawan aku tu ignore terus WhatsApp aku.

Nasib baik kau ignore aku bro. Selamat kau, kalau tak, jadi macam aku. Spanjang bulan Mei aku stress. Sekali 11 Jun, aku check, takda bonus masuk ! Baru lah kawan yg bawa aku masuk bisnes tu bagitau, kita perlu beli produk ***** dulu, baru bonus masuk Untuk bulan seterusnya. Baru lah aku nampak permainan bisnes ni dengan jelas.

Maka bulan Jun aku pulun beli produk, ada aku beli untuk jual balik, tapi tak terjual pun. Produk muka satu botol sampai 100+ harga. Tak juga muka aku jadi cantik pakai tu. Macam takda kesan. 900 ringgit habis Untuk beli produk pada Jun dan bonus pada Julai masuk 100+ sahaja! Nampak permainan dia?

Dengan P* tak laku, bonus tak akan masuk kalau kau tak keluar modal dulu, dengan setiap malam mereka buat live fb untuk coaching, dengan mentor yang haus perhatian, setiap kali dia inform sesuatu kat group, wajib reply 'Okay noted with love'.

Lepastu kena paksa menunjuk2 harta kekayaan kita kat facebook dan instagram, semua benda dalam TL* berlawanan dengan apa mereka selalu cakap "Rezeki di tangan Tuhan, kita bisnes kerana ibadah, kita bisnes kerana ibu bapa,"

Banyak pembaziran berlaku selama aku join TL* ni.. Bulan Mei haritu aku sanggup beli baju ratus2 untuk hadir event dia, mentor cakap wajib pergi supaya dapat up kan bisnes, masa tu aku perasan, jenama2 budak2 TL* pakai, Swarovski, Rizman Ruzaini, Michael Kors, sumpah hadiah2 yang mereka bagi kat high achiever memang mewah. Dan yang dungu macam aku, yang tak dapat dapat lagi downline, memang macam melukut di tepi gantang. Takda orang pandang kau.


Sampai sekarang, 24 set P* tak terjual, sebab over mahal, yang Dah terjual, kawan yg beli tu belum bayar, kesian kat dia, yang aku ni sekarang, dah tak aktif jual2, sebab aku malu. Aku taknak tipu orang lain. Mungkin P* ada datangkan kebaikan dari segi kesihatan Tapi dari segi duit, menjadikan aku berhutang more than 65k. Aku perlu bayar 700 Untuk loan ni.

Selama 10 tahun! Bayangkan! Aku tanggung semua ni. Dari niat mula-mula nak keluarkan family dari masalah kewangan, sekarang aku ada hutang sendiri, sama jugak, back to square one, menyusahkan ibu bapa . Tapi aku janji dengan diri, aku akan bayar pakai gaji bulan2 aku yg aku anggap tak cukup dulu.

Kawan-kawan rapat dah tak rapat sebab mereka takut aku akan bawa mereka join bisnes ni. Now mentor tinggalkan aku/ vise versa sbb aku taknak dengar cakap. Ibu bapa pula, aku tak tau nak cerita kat mereka macam mana keadaan ekonomi aku sekarang, semua ni tak akan jadi kalau aku tak termakan pujuk rayu mereka dulu.. Menyesal sangat-sangat.. Jadi untuk rakan2 di luar sana, jangan jadi macam aku. Aku ada 9 tahun lebih lagi untuk selesaikan hutang2, sekarang aku okayla belum kawin, belum banyak tanggungan, Tapi nanti lepas kawin, dengan hutang ni?

Pray for me, I pray for you guys agar tak terkena..biar lah sederhana, tak payah gila kan kemewahan, asal kita bahagia. Asal takda "mentor" datang serabutkan otak you guys tiap masa paksa you guys untuk paksa orang lain.

That's all from me, insan menyesal.

Ambiklah pengajaran. Janganlah menganiaya kawan2 dan tak payahlah berTuhankan upline.

Sumber- PW Community



[sumber]
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==