Permohonan Batal Nikah Oleh Hafiz Hamidun Dan Joy Revfa


Hafiz Hamidun Dan Joy Revfa Akhirnya Mohon Batal Nikah

Joy Revfa hari ini dilaporkan telah memfailkan permohonan pembubaran nikah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Usahawan kosmetik itu berkata tindakan beliau didorong sikap suaminya yang meragui pernikahan mereka.

Permohonan Batal Nikah Oleh Hafiz Hamidun Dan Joy Revfa

“Saya kecewa apabila ada yang memperkatakan status pernikahan kami tidak sah. Perkahwinan terdahulu saya berakhir pada 2015, cuma tidak didaftarkan di Malaysia. Hafiz Hamidun sedia maklum mengenai perkara itu kerana dia sendiri yang membuat surat pengesahan perceraian”

“Tiba-tiba pada 23 Mei lalu, Hafiz membangkitkan perkahwinan kami tidak sah,” katanya kepada Berita Harian hari ini.

Hafiz Hamidun Dan Joy Revfa Batal Nikah

Difahamkan, Hafiz Hamidun turut memfailkan permohonan pembubaran nikah mereka selepas dilihat media berada di mahkamah sama pagi ini.

“Saya tidak diberi nafkah zahir dan batin. Sehubungan itu, saya berjuang untuk mempertahankan hak sebagai wanita,” tambahnya.



[sumber]
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==