Penyanyi Stacy Anam, 26, dikecam selepas memuat naik gambar bersama anaknya, Eshaal yang masing-masing berambut ungu dan biru di laman Instagram miliknya.
Biarpun penyanyi itu sudah memaklumkan gambar kapsyen terbabit adalah daripada aplikasi di telefon bimbitnya, namun tanpa membaca kapsyen tersebut rata-rata pengguna laman itu mengecamnya.
“Morning. Nah tak payah sudah kita pi saloon shal.. pakai apps ja..Tapi rambut eshaal tak dapat full color sebab belum banyak hahahaha..tak apa la asal ada sikit kan shal hehehe”
Sementara itu segelintir daripadanya mengecam Stacy menulis “dah macam dragon ball super saiya blue! maca mana lah akim didik ko ni,” kata @andreahaikalhafifi
Manakala, @anggunzuhairah menulis, ”Pewarna rambut tu halal ke tidak. Nanti wuduk dan hadas tidak sah nanti”.
@dasimasudin menulis,”Kulit kepala baby very sensitive. Umurnya tak boleh menerima bahan campuran warna. Tak sesuai warna rambut baby”.
“Sembahyang macam mana yer,”tulis @kamalsabaruddin
Menakala @anggunzuhairah menulis,”Cuma buat kaum hawa. Sayangilah orang yang menyayangi kita dengan aurat di jaga. Jangan jadikan sebab kita mereka masuk neraka..”
@sufya.amanda menulis,”Astargfirlah..kenapa lah buat rambut macam tu..solat ke tak ni?”.
Sementara itu, segelintir daripadanya menyelar tindakan sesetengah netizen yang mengecam tanpa membaca kapsyen yang ditulis Stacy.
[sumber]