Regu sepak takraw wanita Malaysia raih perak setelah ditundukkan Thailand pada perlawanan terakhir liga sepusingan
Thailand sekali lagi mempertahankan pingat emas dalam acara sepak takraw regu wanita selepas berjaya menewaskan Malaysia 21-10, 21-12 dalam perlawanan final Sukan SEA 2017 sebentar tadi.
Kemenangan itu membolehkan Thailand mengumpul enam mata untuk mengungguli liga sepusingan sementara Malaysia menduduki tangga kedua untuk perak.
Bagaimanapun, perak milik Malaysia itu sudah cukup membanggakan kerana berjaya memperbaiki pingat gangsa yang dimenangi di Sukan SEA Singapura dua tahun lalu.
Semalam, Malaysia berjaya menewaskan Filipina dalam perlawanan pertama sebelum aksi kedua dengan Indonesia yang berakhir dengan keputusan keluar gelanggang pasukan lawan itu pada set kedua.
Tindakan itu menghadiahkan Malaysia kemenangan percuma, dan menjadikan pingat perak dalam genggaman skuad bimbingan Mohd Fikri Mohd Nor.
Sementara itu, Indonesia terpaksa akur dengan pingat gangsa berkongsi dengan Filipina.
Sumber: Stadium Astro
[sumber]