Romantik Habis, Fattah Amin Hadiahkan Sejambak Bunga Ros Kepada Fazura



Fazura menerima sejambak bunga ros daripada Fattah Amin.

Fazura malu ketika ditanya perasaan selepas mendapat sejambak bunga ros daripada Fattah Amin pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) yang berlangsung pada jumaat lalu.

Peminat yang berada di Pavilion bersorak saat Fattah menaiki pentas dan menghadiahkan Fazura sejambak bunga.

A post shared by Lots of love 👠 (@ohcindalala) on

Rata-rata peminat menyifatkan tindakan Fattah itu sebagai romantik sehingga berjaya membuatkan ramai terusik seolah-olah sedang menonton babak dalam drama!

Fazura pula memberitahu, dia terkejut akan tindakan Fattah tiba-tiba tampil menghadiahkan bunga selepas dia memperkenalkan koleksi terbarunya di bawah jenama House of Doll by Fazura.

Sukar untuk ‘move on’ selepas mereka terlibat dalam drama bersiri Hero Seorang Cinderella sebelum ini, katanya sambil berseloroh.

"Saya terkejut sebenarnya, masih dalam karakter dan susah sikit hendak 'move on'. Memang tak akan 'move on'," katanya.

Sementara itu, peminat-peminat Fattzura mendoakan agar pasangan itu benar-benar menjalinkan hubungan cinta.

Malah ramai merasakan Fazura seorang wanita bertuah kerana Fattah dilihat sebagai lelaki budiman dan romantik.

Fattah juga dilihat meminta kebenaran ibu Fazura sebelum menaiki pentas bagi menghadiahkan bunga tersebut turut dipuji netizan.

Sumber- Mstar

Instagram
Ohcindalala
thefa_team



[sumber]
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==