Nampaknya kisah pelancong dari Malaysia (salah seorang warganegara Thailand rupanya) yang membuat onar di sebuah hotel di Jepun hari ini menjadi perbualan hangat di media sosial.
Kisah berkenaan menjadi tular selepas pemilik hotel Vitti Lodge & Family Apartment telah memuatnaik sebuah video yang menunjukkan gelagat mereka yang bertindak mengasari seorang kakitangan hotel(berbaju biru) yang merupakan seorang warganegara Malaysia.
Rata-rata netizen memuji tindakan lelaki berkenaan yang dilihat sabar menangani situasi berkenaan, siapakah beliau?
Nama beliau adalah Muhd Abdul Qaiyum, berasal dari Jitra, Kedah (patut dalam video dengar Utara pekat), dia merupakan bekas pelajar sekolah Tahfiz Mutmainnah yang terletak di Sungai Petani dan kini menyambung pelajaran di Kyoto University of Foreign Studies.
Beliau memang seorang yang penyabar berdasarkan tulisan rakannya Dzulhaidy Abdul Rahim di mana kerana kerosakan dinding yang ditumbuk oleh pelancong Malaysia itu, dia yang menanggung ganti rugi sebanyak RM5000 kepada pihak Hotel tempat dia bekerja.
Jom kita baca tulisan rakan beliau.
ASSALAMMUALAIKUM
Saya teruja tengok ramai yang masuk Road to Japan harini. Rata-rata yang masuk adalah sebab video viral di Vitti Lodge iaitu salah satu partner lodging RTJ di Osaka. Owner Vitti Lodge tu seorang yang saya sangat hormati dan anggap sebagai abang saya di Osaka.
Kalau stay sana kita terasa macam berada di rumah sendiri dan tak terasa asing dek layanan tuan punya penginapan tersebut iaitu Mr Ema Vitti yang sangat mesra. Bila terjadi kes seperti semalam tu yang saya ikuti kronologi setiap hari sebelum viral, saya sangat kecewa.
Saya selalu menasihati rakan-rakan yang nak ke Jepun supaya merancang perjalanan dengan teliti. Adab bertandang ke tempat orang kalau boleh kita selidik sedikit dan cuba untuk hormat negara orang. Cari dan tanya pada orang-orang yang berpengalaman selain dari baca melalui internet.
KRONOLOGI
Kronologi kes ini berpunca dari kegagalan orang yang di viralkan sejak sampai di Osaka lagi. Dapur komuniti di Vitti Lodge perlu dibersihkan selepas digunakan seeloknya. Tetapi teguran oleh adik Muhd Abdul Qaiyum di anggap oleh mereka sebagai "annoying".
TERLEPAS PENERBANGAN
Selepas mereka terlepas penerbangan mereka disebabkan kecuaian sendiri, mereka pulang semula ke lodge malam tersebut. Kemudian apabila di dapati mereka memasak untuk rakan mereka yang tinggal di tempat lain, mereka ditegur lagi oleh Qaiyum.
PERGADUHAN
Dari sudut etika perbuatan memasak itu sudah dianggap tak beretika sebab menyalahgunakan dapur Vitti Lodge tersebut. Selepas ditegur mereka mula menyerang Qaiyum sebab tak puas hati. Dan terjadilah seperti di dalam video viral tersebut.
Dan tahukah korang, selepas berlaku semua tu, Qaiyum masih lagi mendahulukan kos membaikpulih dinding dapur tersebut dari poket beliau sendiri!
130,000 yen bersamaan lebih kurang RM 5k satu jumlah yang besar bagi seorang pelajar yang tidak dibiayai oleh mana-mana pihak pun.
Qaiyum juga sangat cemerlang dalam pelajaran bahasa jepun dimana beliau telah naik ke tahap N1 dalam tempoh 3 bulan sahaja! ( permulaan N5 - tahap tertinggi N1)
Beliau juga pernah membantu, satu syarikat travel penipu dari Malaysia sebanyak 180,000 yen sebab kesiankan guest yang telah di tipu syarikat berkenaan dengan pakej pelancongan ke jepun mereka.
Lebih kurang RM 7,200!! Dan sehingga saat ini, sesen pun duit Qaiyum tidak di bayar. Mungkin ada yang akan kata kenapalah dia masih percayakan orang lagi? Sebab hati dia sangat bersih, hati dia sangat baik, di dunia kita hari ini masih ada lagi orang yang seperti begini.
Jadi saya minta semua yang membaca tulisan saya ini, lapangkan dada, kita tarik nafas.dan bertenang. Kalau ikutkan hati kita binasa, saya sangat-sangat marah bila Qaiyum bercerita tentang apa yang terjadi kepada beliau.
Tetapi kemarahan jika tak dibendung, boleh mengakibatkan lagi banyak masalah. Jadi mari kita ambil pengajaran dan semoga kita semua lebih hati-hati dalam setiap perbuatan kita tak kira di Malaysia atau luar negeri supaya benda ini tidak berulang lagi.
Terima kasih dan assalammualaikum.
- Siakapkeli.my
[sumber]