Nampaknya pasukan hoki Malaysia ‘The Speedy Tigers kali ini menunjukkan taringnya kepada pasukan garuda Indonesia dalam saingan hoki malam semalam bermula garang menumpaskan pasukan hoki Indonesia dengan jaringan 18-1.
Acara hoki yang merupakan aksi pertama kategori lelaki Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur ini menonjolkan bahawa pasukan hoki negara merupakan pasukan lawan yang berbisa walaupun berada di ranking ke-12 dunia.
Jaringan awal yang dibuat oleh Faizal Saari seawal minit pertama sebelum gol kedua dan ketiga dijaringkan oleh Fitri Saari dan Razie Rahim.
The Speedy Tigers terus membolosi gawang Indonesia untuk meletakkan pasukan negara dalam keadaan selesa di hadapan dengan Sembilan jaringan sebelum tamat separuh masa pertama.
Namun demikian, pasukan garuda Indonesia Berjaya membolosi pertahanan Malaysia dan menjaringkan gol sebaik bermula masa kedua menerusi gol padang daripada Abdullah Al Akbar pada minit ke-34.
Keselesaan jaringan mata yang dirasai oleh pasukan hoki negara tidak menyebabkan mereka memandang rendah terhadap pihak lawan sebaliknya pasukan hoki negara terus melipatgandakan serangan sebelum menamatkan perlawanan pertama mereka dengan jaringan 18 berbalas satu.
Sumber : Berita Harian
[sumber]