(Video) Viral Video Tikus Dalam Bekas Sayur, Kantin di HTAR Diarah Tutup 15 Hari


SHAH ALAM - Kantin di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang diarah tutup selepas didapati tidak mengamalkan penyediaan makanan yang bersih.

Bernama melaporkan, kantin berkenaan diarah tutup selama 15 hari bermula dari hari ini.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Zailan Adnan, penutupan berkenaan dibuat mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

Arahan penutupan itu dikeluarkan pada jam 2 petang selepas pemeriksaan dilakukan susulan video seekor tikus berada di dalam bekas sayur yang dihidangkan kepada pelanggan, tular di laman media sosial.

Dr Zailan berkata PKD Klang telah melakukan pemeriksaan dan tindakan diambil berdasarkan status kebersihan kantin berkenaan.

Agak sukar untuk pastikan di mana rakaman video berkenaan diambil. Bagaimanapun, PKD akan menjalankan siasatan dengan terperinci,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Dr Zailan berkata walaupun arahan penutupan berkenan adalah sehingga 1 Sept, kantin berkenaan boleh beroperasi semula lebih awal jika ia dibersihkan segera dan pihak PKD berpuas hati dengan kerja-kerja pembersihan yang dibuat.

Sebelum ini, viral satu video yang memaparkan tikus dilihat berada di dalam bekas sayur dan sedang memakan sayur yang dihidangkan untuk pelanggan itu.



[sumber]
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==