Sehinggakan salah seorang dari tiga remaja terbabit ada memberi penjelasan, tapi, ia tidak begitu menyeluruh dan dilihat seperti menyalahkan staf penginapan Ema Vitti.
BACA: Pelancong Malaysia Dikatakan Bertindak 'Samseng' Pecahkan Dinding, Bergaduh Dan Berak Dalam Shower Hotel, Ini Video Penjelasan Beliau
Berikutan itu, salah seorang wakil dikenali sebagai Wan Iskandar telah mengeluarkan penjelasan yang lebih kepada menyelesaikan masalah yang ada berkaitan dengan ketiga-tiga individu tersebut, dan ia dilihat menamakan mereka sebagai ‘suspek’ kerana ingin melindungi ‘privacy’ mereka.
Ikuti penjelasan darinya ini.
KAMI MENCARI SUSPECT (容疑者) DARI MALAYSIA, MELAKUKAN KESALAHAN DI JEPUN.
Assalamualaikum dan Selamat Pagi.
Kesinambungan daripada post saya sebelum ni, saya akan update situasi, penyelesaian dan progress kami. Kami akan upload dan menceritakan kronologi dan full story selepas ini tapi buat masa sekarang. Kami hanya focus untuk menyelesaikan masalah
Pihak Utama Yang Terlibat (nama sebenar tidak digunakan. Kami ingin melindungi privacy beberapa orang selepas ini, dan ramai juga yang telah mengenali beberapa pihak
Suspect 1 – Merujuk kepada video, suspect yang melakukan kekerasan (bouryoku, 暴力) terhadap mangsa/staff penginapan
Suspect 2 – Merujuk kepada video, suspect yang menumbuk dan memecahkan dinding
Suspect 3 – Merujuk kepada video, Suspect yang berbaju merah.
Mangsa – Merujuk kepada video, Staff berbaju Biru, staff part time (baito) penginapan
Owner – Tuan kepada penginapan yang terlibat. Beliau juga yang membuat laporan pada polis Jepun, mengupload tentang perkara ini secara peribadi di laman social peribadi dan perniagaan beliau.
Tok Sheikh - partner to the owner of the accommodation Malaysian, and currently in Malaysia
Tuntutan
Daripada tuntutan 1 sehingga 5. Tuntutan 4 saya gugurkan, kerana hal ini tidak terlampau berkait dengan pihak mangsa, dan penginapan di Jepun ini tidak terlibat dengan perkara tentang tiket flight ini. Hal ini mungkin berkaitan kepada insiden ini secara tidak langsung terhadap mangsa.
Penyelesaian
Banyak perkara yang dilakukan oleh pihak netizen. Kami hargai. Namun kami nasihati untuk tidak go overboard. Daripada beberapa perbincangan antara suspect dan pihak owner; saya ringkaskan
Suspect 3 : hanya mangsa di tempat keadaan. Kesalahan terbesar suspect hanyalah berada pada tempat yang salah dan waktu yang salah. Dan dari pandangan saya, berkawan dengan orang yang salah. Ada comment daripada netizen dan juga private message daripada kawan pada suspect yang mengatakan sememangnya dia tidak bersalah.
Suspect 2 : Kesalah terbesar adalah menumbuk dinding. Suspect juga adalah antara yang terlibat sebelum ini, berkaitan dia terlepas flight, tiada wang dan ingin bekerja di Jepun. Suspect tersebut sudah pun menyesal dan menghubungi partner kepada owner (di Malaysia), dan pihak penginapan sedia memaafkan suspect sekiranya benar-benar ikhlas dan menyelesaikan pembayaran dan masalah. Juga sudah membuat bayaran sebanyak pendahuluan sebanyak RM200 kepada mangsa
Suspect 1: Dinyatakan oleh Tok Sheikh di Malaysia, sudah contact dia. Tok Sheikh di Malaysia menasihatkan dia untuk tunggu sehingga pagi untuk membuat sebarang statement daripada dia. Tapi suspect sudah terlebih dahulu mengupload video live di facebook group Road to Japan, dan rata-ratanya saya lihat dan dikatakan kenalan saya, banyak terima kecaman.
Dilihat juga ada membuat laporan polis (sumber tidak dikenal pasti). Tetapi pihak penginapan masih belum sudi memaafkan suspect 1. Tidak nampak keikhlasan, lebih kepada penafian dan menunding jari kepada mangsa. Pihak penginapan sendiri mempercayai mangsa tidak bersalah, dan suspect perlu lebih ikhlas betul-betul insaf, meminta maaf dengan betul2 ikhlas dan bertaubat.
Tambahan lagi pada pendapat saya, menyelesaikan hutang terus (dilihat pada sikap beliau yang bermuka-muka, kerana beliau amat kasar dengan mangsa sepanjang menginap di sini tetapi amat baik di hadapan owner) dan saya yakin, beliau sebenarnya mampu untuk menyelesaikan dengan terus, Cuma beliau hanya mengelak dan tidak rasa serba salah.
1. Pada suspect, saya ingatkan lagi hubungi pihak penginapan, vitti, selesaikan dengan segera mengikut nasihat mereka. Pendapat saya, undang-undang di Jepun dan penguatkuasaan amat berbeza. Kes yang berlanjutkan tidak membantu sesiapa LEBIH-LEBIH LAGI pihak suspect.
2. Saya hargai tindakan netizen yang turut membantu, dari khabar angin banyak tindakan yang di ambil banyak pihak berwajib dan juga orang lain juga. Walaubagaimanapun, ada juga tindakan tidak bertangungjawab dan “go overboard” bagi saya. Sila elakkan untuk memalukan suspect, keluarga suspect, teman wanita ataupun lain2.
3. Sekali lagi saya ucapkan ribuan terima kasih. Minta maaf juga ada kesilapan atau terlanjuran. Pos akan diupdate lagi pada waktu terdekat. Saya personally mempunyai tugasan pada hari ini, walaupun saya delay, masih perlu dilakukan. Perkara lain akan diuruskan pihak penginapan secara langsung, Bersama mangsa, dengan sokongan admin-admin lain group road to japan.
4. Mangsa amat menghargai segala penghargaan sokongan dan juga simpati terhadap dia. Mengucapkan terima kasih dan dia (dan pihak kami) sememangnya tidak terbaca kesemua komen2. Mangsa enggan untuk teruskan membaca pada awal pagi (semasa selepas subuh) kerana tidak mahu datang sifat riak pada diri nya.
Harap maklum. Dia lebih kepada menjawab pertanyaan ataupun dihubungi keluarga, rakan terdekat dan pihak berwajib. Ibu bapa kepada mangsa juga sedang menunaikan Ibadah haji dan diharapkan orang ramai cukup mendoakan kesejahteraan dan dipermudahkan urusan ibadah ibubapanya, keluarganya dan dia sendiri.
5. Sekali lagi saya tekankan. ELAKKAN UGUTAN, KECAMAN, CYBERBULLYING DAN LAIN-LAIN ditambah lagi kes diuruskan oleh polis Jepun dan diselesaikan mengikut undang-undang Jepun.
Saya yakin boleh diselesaikan secara segera dan effisyen (pendapat saya boleh selesai je apabila persetujuan antara pihak penginapan dan suspect 1 tercapai. Dan Suspect 1 betul2 ikhlas, insaf, meminta maaf dan juga menyelesaikan bayaran).
7. Newest update. Terdapat rakyat Malaysia yang sangat baik hati, berinisiatif sendiri membuat report polis yang berpihak pada kami tanpa diminta. Kami menghargai inisiatif dan terharu terhadap tindakkan beliau. Kokoro kara, arigatou gozaimasu.
8. Tidak lupa juga. Tujuan post rasmi dibuat dari pihak kami, adalah supaya pihak orang ramai dan viral media boleh refer kepada satu sumber yang asli, boleh dipercayai, dan story original. Tidak di twist dan di tokok tambah. Kerana perkara itu hanya akan mengeruhkan keadaan. Tambahan pula owner kepada penginapan tersebut masih kurang mahir berbahasa atau faham Bahasa Malaysia
9. Tidak kurang juga saya terhibur pada pihak2 yang sempat lagi mengiklankan pelbagai product menarik mereka pada post sebelum ni. Saya hanya boleh mengatakan yang saya punya post bertujuan untuk selesaikan masalah, bukan untuk menaguk air yang keruh atau mengambil kesempatan.
10. Perniagaan masih berjalan seperti biasa di Vitti, Café dan Penginapan. Pada pihak media atau berwajib mahukan apa2, saya galakkan hubungi pada owner kepada Vitti dan datang direct pada beliau. Saya hanya sebagai moderator/pemudah cara. Cuma harap jika ada pihak yang datang supaya tidak menganggu perniagaan, urusan mahupun kehidupan seharian di situ
- Siakap Keli
[sumber]