Ternyata keputusan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin untuk kembali menyertai skuad ekuestrian negara dalam Sukan SEA 2017 berbaloi apabila meraih pingat emas dalam acara endurace berpasukan dan individu sejauh 80 KM dalam aksi di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu, Setiu, sebentar tadi.
Baginda memenangi emas acara berpasukan bersama rakan sepasukan iaitu Mohd Faris Syafiq dan Mohammad Fuad Hashim.
Turut berada dalam skuad berpasukan endurance negara adalah Mohd Bulkhari Rozali, Muhammad Faris Haikal serta Mohamad Adhwa Embong.
Sebelum ini, Sultan Mizan menarik diri dari saingan Sukan SEA 2017 susulan masalah pada kuda baginda namun mengubah pendirian untuk kembali menyertai skuad negara kemudian.
Sumber: Stadium Astro
[sumber]