Bukan itu saja, apa yang paling ditakuti adalah sekiranya ada benda-benda penting yang hilang, benda macam ini memang akan jadi ‘nightmare’ buat para ‘traveller’.
Macam mana nak buat sekiranya ‘passport’ hilang?
Nak balik dah ‘confirm’ tak boleh, nak berjalan takut kena tahan dengan pihak berkuasa pula, tapi, nak tak nak, mesti kena buat sesuatu, kalau tidak mesti akan terkandas, tak boleh balik.
Menerusi perkongsian dari Yusoff Ahmad, ada beberapa tindakan yang perlu dilakukan saat berdepan dengan situasi passport hilang.
Mari kita ikuti perkongsian darinya, mana tahu boleh jadi rujukan buat semua, kalau-kalau kita berhadapan dengan situasi ini.
Foto: thestar
Passport umpama 'nyawa' bila travel nak-nak kalau ke oversea. Bagi yang penah kehilangan pasport masa bercuti memang sangat spoil kan mood. Boleh mati akal gak kalo tak bersedia dalam situasi ni lebih-lebih lagi kalau travel solo. So untuk info bersama saya sharekan berdasarkan pengalaman kehilangan pasport di Frankfurt semasa solo trip ke europe. Semoga ianya dapat membantu :Sebelum Travel
● Dapatkan alamat & no telefon kedutaan, konsulat malaysia di negara or negara terdekat dengan tempat korang nak travel
● Photostat/snap gambar passport simpan copy
● Bawa gambar size pasport 2 keping backup
● Email ke Wisma Putra untuk maklum iti dan route negara-negara yang korang akan singgah. Biasanya Wisma Putra akan reply n forwardkan iti korang pada kedutaan negara yang dilawati. Means kedutaan dah ada info.
Semasa Travel
● Jangan panik, releks dan bertenang. Selalunya pasport akan hilang sekali dengan walet n kunci bilik hotel. Kalau just pasport je masih ok lagi. Sebab itu adalah terbaik masa travel guna tip pecah-pecah kan duit dan doc2 utama.
● Balik segera ke hotel untuk bagi tau pihak hotel yang korang hilang pasport, kunci etc. Call pejabat kedutaan/konsulat kalau boleh dapatkan no handphone officer incharge. Maklumkan situasi korang
● Bawa copy pasport pergi balai buat laporan polis. Kalau ada copy pasport amat membantu polis sana nak buat report. Nak-nak negara yang tak pakai Bahasa Inggeris as bahasa utama.
● Pergi ke Kedutaan Malaysia yang terdekat. jika terdesak sangat buat muka sedih n nego dengan polis untuk tolong hantarkan. Bawa sekali copy pasport, copy report polis, alamat hotel, duit untuk buat pasport sementara, gambar ukuran pasport 2 keping.
● Sampai kedutaan bermaksud korang dah selamat. minta kebenaran pejabat kedutaan untuk call bank di Malaysia dan batalkan kad kredit, kad bank dll yang hilang.
● Isi borang dan particulars untuk permohonan pasport sementara (Perakuan Cemas). Kena interview. Pasport sementara ni bentuk sama macam pasport cuma warna beza.
● Samada pasport sementara boleh siap hari yang sama bergantung pada proses di pejabat kedutaan situ. If tak dapat siap sebelum tarikh berlepas, call airline dan minta tunda tarikh penerbangan.
● Pasport sementara hanya boleh dikeluarkan oleh duta besar or consulate gen (tu amik masa nak buat coz duta or consulate gen nak kena sign). Sah hanya untuk satu perjalanan sahaja. Sampai malaysia kena serahkan pada pegawai imigresen dan kena buat pasport baru.
● If officer incharged pejabat kedutaan free dia akan bantu untuk hantar ke airport dan iring smpai masuk balai berlepas. Diorang akan pakai status pegawai diplomatik untuk mudahkan urusan di kaunter imigresen sana. Kalau dia orang tak ade maybe banyak kena soaljawab dengan imi kot.
● Bila smpai klia, masa keluar pasport sementara diserahkan kpd pegawai imi.
[sumber]