Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke 11, Datuk K Luah Perasaan Sebenar Terhadap Siti Nurhaliza



Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang  ke 11 pada isnin lalu.

Datuk Seri Khalid atau lebih mesra disapa Datuk K meluahkan perasaannya terhadap isteri yang setia disamping nya selama 11 tahun. Ujar Datuk K, kehadiran Siti selama 11 tahun sebagai suri hati dalam hidupnya adalah anugerah terindah yang pernah beliau miliki.

Keprihatinan dan sikap kasih sayang dicurahkan Siti kepada dirinya semasa beliau jatuh sakit merupakan antara momen indah dan pengorbanan Siti yang tidak akan dilupakan Datuk K selagi hayatnya dikandung badan.

"Beliau isteri hebat dan terbaik. Siti sentiasa sabar dan menjaga saya (sewaktu sakit) dengan penuh ketabahan.

"Beliau juga menjadi penyejuk jiwa dan setia mendampingi saya sama ada dalam susah ataupun senang," katanya kepada mStar Online.

Pengorbanan yang dimaksudkan oleh Datuk K ialah pada ketika beliau terlantar sakit dan mengalami kecederaan parah akibat terlibat dalam kemalangan motosikal di Queenstown, New Zealand pada tahun 2012.


Sementara itu, Siti Nurhaliza, 38, pula menjelaskan bahawa kewujudan sifat toleransi, percaya dan kesabaran merupakan kunci utama kebahagian rumah tangganya yang telah terbina selama 11 tahun itu.

Meskipun wujud salah faham dalam setiap perhubungan, perkara tersebut dianggap Siti sebagai sesuatu yang mematangkan hubungan.

"Di sini apa yang boleh saya katakan, kebahagiaan yang saya dan suami terima pada hari ini adalah berkat sifat toleransi, percaya dan kesabaran yang kami sama-sama praktikkan selama 11 tahun melayari bahtera rumah tangga.

"Jika ada perkara yang tidak disenangi saya dan suami berbincang dari hati ke hati dan kami tidak sesekali membuntukan lagi keadaaan," kata Siti.

Tambah Siti, dia akan mengutamakan waktu untuk berdua dan bercuti bersama suaminya.


Ketika ditanya adakah sambutan ulang tahun perkahwinannya pada kali ini menjadi sesuatu yang lebih istimewa iaitu tentang kehadiran 'orang baru' dalam keluarganya, beliau meminta agar peminat terus mendoakan rezeki tersebut.

"Doakan agar hubungan kami terus dirahmati Allah dan kami menghargai setiap doa-doa kalian buat kami," akhirnya.

Siti Nurhaliza dan Datuk K bernikah pada 21 Ogos 2006 di Masjid Wilayah Perseketuan.

Sumber- mStar Online



[sumber]
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==