Cara Macam Mana Nak Buat Mentega ‘Homemade’, Rasa Lebih Berlemak & Boleh Olah Bahan Untuk Jadi 'Garlic Spread'


Bagi yang selalu membuat kek atau sering menggunakan microwave, sudah pasti banyak gunakan mentega dalam menyediakan masakan serta manisan.

Setiap kali nak buat masakan dan manisan mesti kena beli beberapa buku mentega, dan selalunya akan habis guna walaupun baru beberapa kali menggunakannya.

Ia sedikit sebanyak membuatkan kita perlu mengeluarkan belanja yang banyak untuk membeli mentega.

Namun begitu, menerusi perkongsian ini, kita sebenarnya boleh buat sendiri mentega dan yang paling penting boleh sesuaikan dengan citarasa dalam mempelbagaikan rasa mentega itu.

Resepi Homemade Butter 


Rasanya ramai orang tahu kegunaan butter ni kan. Pagi-pagi sarapan yang paling sedap dan senang adalah roti, butter dan jam. Tapi kalau Amat (lama tak buat buat entri pasal budak ni kan?) paling suka roti, butter dan gula.

Hah, resepi pertama yang Kak Dah belajar adalah Homemade Butter. Senang ajer rupanya. Yang penting, halal dan bersih serta penuh kasih sayang. Rasanya sungguh creamy dan buttery, terasa lemak di bibir seolah makan butter yang mahal di hotel-botel bertaraf empat bintang ke atas.

Dari butter ni, kita boleh campur dengan pelbagai bahan untuk mengolahnya menjadi sesuatu yang lain pula seperti garlic spread, hanya tambah garlic, garam dan parsley flake. Siap. Murah dan mudah. Kalau nak yang basic sahaja...campur garam saja dah cukup.

Ok, mari kita lihat resepi dan cara pembuatannya.

Bahan-bahan


a. 250ml Whipped cream/Thickened cream/Heavy Cream (pastikan tertulis pada kotak, contains 35% milk fat) - KakDah guna jenama Paul's

b. Mixer

c. Ais sejuk campur air batu

d. Garam

* Parsley flake - option
* Garlic - option

Cara-cara

1. Pukul (mixed) whipped cream pada tiga tahap kelajuan dimulai dengan perlahan, sederhana dan laju. Pukul hingga susu terpisah dari pada air (biasa kes, kalau kita terlajak pukul whipped crean ianya menjadi cair dan lumpy, betul x?) 

Kita nak keadaan yang sebegitu rupa. Moral story, lain kali kalau terlajak pukul, jangan terus buang, jadikan ianya butter.

Pukul cream hingga menjadi lumpy - susu dan air terpisah 

2. Bila susu dan air dah terpisah, tapis airnya, jangan buang. Ini adalah low fat milk. Boleh guna untuk membuat benda lain pula. 

Mixed whipped cream tadi hingga jadi macam ni. Air putih tulah low fat milk, tapis dan simpan. selepas tu baru kita kacau dan sebatikan dengan air ais untuk memekatkan kondisi butter ni.

3. Setelah itu masukkan air sejuk berais tadi dan kacau butter hingga menjadi kental dan bulat. Buat begini dua tiga kali sehinga air yang di tuang tadi menjadi hampir jernih. Faham tak ni. Maksudnya, buh air ais, kacau, buang. 

Buh lagi air ais kacau dan buang air, buat macam ni sampai air hampir nak jernih. 

Ni butter yang dah siap

4. Tadaaaaaa. siap dah. Selepas ini baru lah kita boleh campur garam atau apa sahaja bahan yang kita mahu.



[sumber]
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==