Sejak semalam tular di laman sosial kisah tiga orang pelajar Malaysia yang didawak bertindak samseng selepas memecahkan dinding bilik penginapan mereka, bergaduh dengan kakitangan dan membuang air besar di dalam ruang mandi dalam tandas.
Video yang dimuatnaik oleh pemilik bilik penginapan, Ema Vitti, tentang gelagat ketiga-tiga pelancong tersebut telah tular yang menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat Malaysia di mana rata-rata menyatakan malu dengan gelagat mereka.
Ini adalah kisah yang terjadi.
Kerana kes itu yang menjadi tular, laman Facebook dan Instagram mereka telah diserang netizen dengan kebanyakkannya menurunkan komen bergambar tahi.
Susulan kisah itu, salah seorang daripada mereka telah tampil menafikan dakwaan yang dibuat atas mereka itu sebaik tiba di Kuala Lumpur semalam.
Beliau telah membuat satu laporan polis di Balai Polis KLIA 2, di mana berdasarkan laporan, menyatakan pertengkaran berlaku dengan seorang kakitangan Hotel Vitti Lodge selepas kakitangan warga negara Malaysia bernama Qaiyum itu memperlekehkan dan telah mengarahkan diaseperti budak-budak.
"Selepas berlaku pertengkaran tersebut, kami telah berbaiki semula dan berdamai. Namun semalam lebih kurang jam 10.30 malam setibanya saya di KLIA 2, saya mendapati video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pergaduhan saya di hotel tersebut telah diviralkan di dalam page Road To Jepun," jelas beliau.
Berikut adalah keratan laporan polis dibuat beliau yang dimuatnaik ke laman Instagramnya.
Ini penjelasan beliau melalui video.
Namun video penjelasan dilihat hanya separuh, dan netizen masih tertunggu-tunggu sambungan video itu. - Siakapkeli.my
[sumber]