“Harrif Salleh Sumbang Emas” - Siakap Keli News


KUALA LUMPUR: Pelumba basikal negara, Mohamed Harrif Salleh berjaya merangkul emas dalam acara criterium yang berlangsung di Dataran Putrajaya, hari ini.

Saingan Criterium ini  menyaksikan atlet lumba basikal perlu membuat kayuhan sebanyak sembilan pusingan litar sejauh lima kilometer.

Pelumba Terengganu Pro Asia Cycling itu berjaya menamatkan saingan di kedudukan pertama dengan catatan masa 59'35 minit. Selain Harrif Salleh, Malaysia turut dihadiahkan pingat gangsa menerusi Mohd Zamri Salleh.

Walaubagaimanapun, pelumba wanita negara, Jupha Som Net sekadar  meraih pingat perak apabila gagal untuk memintas pelumba dari Vietnam,Thi That Nguyen di garisan penamat.



[sumber]
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==