Pengidap Cerebral Palsy, Mengambil Masa Lima Tahun Menulis Buku Dengan Satu Jari



Setiap manusia yang lahir di dunia ini pasti ingin kesempurnaan. Kita selaku manusia selalu lupa dan leka dengan kesempurnaan yang telah diberi olehNya.  Namun sudahkah anda bersyukur terhadap kesihatan dan kesempurnaan yang anda miliki? Pada usia ini, apakah kejayaan yang anda telah miliki?

Di luar sana, terdapat banyak manusia yang kurang sempurna namun, masih berjuang tanpa patah semangat walaupun kerap kali jatuh. Sudahkah anda bersyukur akan rahmatNya hari ini?

Wesley Wee, 38, dari Singapura, dilahirkan dengan cerebral palsy, dan tidak pernah menguasai kebanyakan otot-ototnya. Suatu keadaan di mana tubuh badan mengalami gangguan gerakan, otot, atau postur yang disebabkan oleh cedera juga perkembangan abnormal di otak. Keadaan sering terjadi sebelum kelahiran. Tanda dan gejala akan muncul selama masa bayi atau pra-sekolah.

 Dia terikat dalam kerusi roda, dan tidak dapat memakai baju, makan, minum, mandi dan aktiviti seharian dengan tangannya sendiri. Tapi apa yang menariknya, dia mampu menaip buku yang penuh inspirasi ‘Finding Happiness Against the Odds’.

Bagi Wesley, menyiapkan buku ini merupakan satu perjuangan yang besar. Beliau mengambil masa lima tahun untuk menyiapkan buku ini dengan menggunakan ibu jari kakinya. Wesley mula menulis bermula di rumahnya sehingga menghabiskan masa lima sehingga enam jam setiap hari.

Sebelum mendapat kecerian hari ini, beliau telah menghadapi putus asa dan ingin membunuh diri. Beliau tidak sanggup hidup kerana terasa begitu terbeban dan menyusahkan orang sekelilingnya.

Ibu bapa Wesley adalah orang tidak dapat menerima kekurangan anak mereka dan sering kecewa terhadapnya. Ibunya akan memukulnya dan akan menyatakan "kamu tidak berbuat apa-apa, si geena (anak yang mati dalam bahasa Hokkien), lebih baik kamu mati, kepadanya.

Manakala bapanya pula, akan mendorongnya melakukan senaman yang sukar setiap malam. Dengan tongkat berkaki empat, Wesley terpaksa membuat 10 pusingan di ruang tamu setiap malam untuk membuat dia berjalan normal. Apabila bapanya marah, beliau akan ditarik ke bilik air dan diselamkan di baldi yang penuh dengan air.

Untuk membuat Wesley berjalan seperti biasa, ibu bapa nya telah bersetuju untuk melakukan pembedahan terhadapnya yang menyebabkan beliau terkurung di kerusi roda selamanya.

Kehidupannya berubah apabila, beliau menemui cinta hatinya yang membuatnya terbang ke Filipina dan membawa semula ke Singapura. Mereka telah berkahwin lima tahun lalu.

Saya mahu memberitahu orang-orang apa yang telah saya lalui," kata Wesley Wee.

"Saya ingin memberi inspirasi kepada kehidupan orang ramai, dan mereka yang kurang upaya dalam keluarga mereka. Jangan berputus asa, kerana jika saya telah berputus asa, saya tidak akan berada di sini. " katanya lagi.

Bagi ingin mengetahui lebih lanjut mengenai hidupnya, bolehlah membeli buku yang dihasilkannya.

Sumber- Odditycentral



[sumber]
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==