Dengan catatan masa, 10.38s, Khairul Hafiz mengalahkan dua lagi pesaing, dengan pingat perak dimenangi oleh Eric Cray dari Filipina, dengan catatan 10.43s. Manakala, peserta dari Thailand, Kritsada Namsuwun, pingat gangsa mencatatkan 10.43s.
Dalam meraikan kemenangan tersebut, netizen turut terhibur dengan gelagat salah sorang jurugambar yang mana dilihat mencuit hati.
Menerusi perkongsian dari Syahril A. Kadir, ini adalah antara cabaran yang jurufoto sukan perlu lalui dalam melaksanakan tugas.
'SPEEDY JANTAN' DAN CABARAN JURUFOTO SUKAN
Rasanya ramai yang dah tengok bagaimana Khairul Hafiz Jantan menjadi manusia terpantas Asia Tenggara setelah memenangi 100 meter pecut di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.
Namun antara paling banyak dibualkan netizen selain kemenangan itu, adalah aksi para jurufoto yang terpaksa mengejar kelibat Khairul Hafiz dalam usaha untuk mendapatkan 'shot' yang terbaik.
Tumpuan sudah tentu pada 'abang baju hijau' . Dia kelihatan bersungguh-sungguh berlari mendapatkan Khairul Hafiz, malah satu ketika aksinya 'mengalahkan' atlit tersebut hingga mencuit hati para penonton di stadium, rumah dan para netizen.
Menariknya, 'abam baju hijau' itu masih boleh tersengih-sengih setiap kali mengejar kelibat Khairul Hafiz walaupun terpaksa mengusung kamera dan pada masa yang sama memikirkan sudut terbaik untuk merakamkan aksi pelari pecut berkenaan.
Inilah antara cabaran menjadi seorang jurufoto sukan. Nampak macam senang, namun mereka menggalas tanggungjawab yang besar dalam menghasilkan 'karya seni' mereka. Apatah lagi bila berhadapan dengan big bos di pejabat yang mendambakan foto yang terbaik untuk disajikan pada pembaca di luar sana.
Sebagai wartawan, aku faham benar 'beban' yang ditanggung puluhan jurufoto di stadium malam tadi.
Dalam acara sukan, si atlit akan bergerak ke sana ke sini. Selain sewaktu beraksi, mereka juga akan 'ke hulu ke hilir' kalau menang untuk meraikan kemenangan mereka. Kalau jurufoto tersebut 'salah teknik' dalam mengendalikan kamera, gambar yang terhasil akan menjadi kabur dan tidak jelas.
'Timing' pun sangat penting. Jurufoto yang berpengalaman selalunya tahu bilakah saat terbaik untuk merakamkan detik-detik terbaik atau detik bersejarah sesuatu acara. Kalau takde atau kurang pengalaman, mereka selalunya akan terlepas aksi-aksi menarik sesuatu perlawanan itu.
Itu belum kira faktor cuaca...panas terik...hujan ribut...angin kencang dan sebagainya.
Itu yang aku baca dan apa yang para sahabat jurufoto aku bagitahulah. Aku rasa cabaran tu panjang berjela kalau nak cerita satu persatu di sini.
Kepada 'abang baju hijau' malam tadi, walaupun ada yang ketawa, ada yang tersengih dan ada yang kutuk melihat aksi anda, percayalah, anda telah membuka mata ramai orang mengenai tugas dan pahit getir seorang jurufoto sukan.
Gua salute dengan anak Pak Jantan, tetapi pada masa yang sama gua juga salute dengan lu - lu memang 'jantan' habis bro!
nota: Aku difahamkan 'abang baju hijau' itu adalah saudara Iskandar dari agensi berita BERNAMA.
#thespeedyjantan #jurufotosukan #seagames2017
- Siakap Keli
[sumber]