Program Nasi Lemak Percuma Setiap Jumaat Eratkan Semangat Kekitaan


Penduduk Kampung Sungai Tengar Utara dan Sungai Air Tawar di Sabak Bernam amat bertuah apabila Ahli jawatankuasa (AJK) Masjid Maasumiah melaksanakan program Nasi Lemak Percuma Setiap Jumaat.

Pada program julung kali Jumaat lalu, bermula dari 7. 30 pagi, puluhan nasi lemak bungkus yang diletak di hadapan masjid itu habis dalam tempoh singkat .

Menurut Mohd Hafizuddin Md Sahar, 32, AJK masjid tersebut berkata, program itu bertujuan membantu masyarakat setempat terutama yang tidak sempat bersarapan atas tuntutan kerja, selain membolehkan individu kurang berkemampuan untuk berserapan. Tambahnya lagi,

“Melalui program seumpama ini, ia mengukuhkan lagi silaturahim antara AJK masjid dengan penduduk setempat, sekali gus menggalakkan tuntutan solat berjemaah.

“Masjid ini dipilih sebagai lokasi mengagihkan nasi lemak kerana ia berada di laluan utama penduduk,” katanya.

Menurut Mohd Hafizuddin, Jawatankuasa Masjid turut mengalu-alukan penduduk yang mahu terlibat bersama program ini dengan menyumbang dana bagi memastikan program ini dapat diteruskan untuk jangka masa yang panjang.

“Jumaat dipilih kerana ramai penduduk melalui laluan berkenaan, selain hari mulia bagi umat Islam,” katanya.



[sumber]
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==