Kuala Lumpur, 20 Ogos - Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairy Jamaluddin, bersemuka dengan Menteri Belia dan Sukan Indonesia Imam Nahrawi susulan isu tercetak bendera Indonesia secara terbalik di dalam buku panduan Sukan Sea 2017 Kuala Lumpur.
KJ menerusi twitternya berkata: "Baru sahaja berjumpa @imam_nahrawi untuk memohon maaf secara rasmi kepada rakyat Indonesia atas kesilapan percetakan bendera Republic Indonesia. Terima Kasih Bapak."
Menurut wartawan Channel News Asia, Sumisha Naidu, pihak Indonesia sudah menerima permohonan maaf itu namun menterinya, Imam Nahrawi berkata permohonan maaf itu perlu diserahkan pada Presiden Indonesia, Joko Widodo terlebih dahulu untuk diterima secara rasmi sebagai sebuah negara.
Sebelum ini, isu bendera terbalik itu mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai terutamanya warga Indonesia yang menyifatkan kesilapan itu tidak sepatutnya berlaku lebih-lebih lagi dalam temasya sebesar ini.
[sumber]