Setiap orang pasti mempunyai imaginasi bagaimana mahu menghias ataupun dekorasi rumah masing-masing kan? Terutama bagi mereka yang baru sahaja memiliki rumah yang dibeli dengan hasil titik peluh sendiri.
Dah penat-penat bekerja kumpul wang untuk beli rumah, mesti kita mahukan rumah kita nampak menarik. Tapi selalu je niat tu terhalang sama ada masalah bajet ataupun disebabkan ruang rumah terhad.
Takut-takut dekorasi yang dibuat nampak tidak menarik ataupun menyukarkan pergerakan. Seorang pengguna facebook, Watiey Abdullah telah berkongsi dekorasi yang amat menarik di akaun facebooknya bagaimana beliau mampu mengubah ruang kecil menjadi lebih menarik. Kami kongsikan untuk anda, dan anda boleh mencuba mengdekorasikan rumah anda supaya nampak lebih indah
IDEA DEKORASI UNTUK RUANG KECIL. Boleh share kalau suka
Hobi baru, bila cemuih makeup..Kadang-kadang bila travel sana sini, duduk hotel, rasa mcm seronok nya kalau hari-hari dapat duduk hotel. Design minimal, kemas. Lepas ni kelas makeup area Melaka @ Negeri Sembilan Watiey buat dekat rumah je.yeayyy.
So alhamdulillah, lepas 2 bulan dapat kunci, dah complete sama mcm apa yang me and my husband rancang konsep rumah. so nak share la hasil dekorasi sendiri rujukan dari internet.huhu.
Walaupun tak besar mcm rumah Aliff syukri (haha), tapi setiap sudut tu ada ciri-ciri yang masing nak..tq cik abang Farhad Hassan sebab tolong realisasikan .
Tips nak deco rumah?
1) bincang konsep rumah sebelum mula masuk rumah.So nanti takda membazir beli barang merapu tak tentu hala (walaupun ada juga terbabas )
2) dapat kan persetujuan dua-dua suami isteri
3) kalau isteri tak setuju, ulang step 1
4) kos? jgn terburu-buru. buat ikut bajet. mcm kita orang, masing-masing contribute untuk dapatkan barang yang nak. Duit saving untuk berjalan bercuti beli makeup beli segala benda la kami korbankan untuk deco rumah. Jangan smpi buat loan.
RUJUKAN MANA DAPAT BARANG?
Barang elektrik - House of lighting, Puchong
Deco - IKEA, Kaison, Mr DIY
Custom dining table - stuckwoodbyakubotak
Custom pallet bed - pine pallet by Al Siddiq
Langsir - takpayah laaa. mana-mana pun sama. haha
wallpaper - korea wallpaper
hard pipe / dark oak solid wood loft - DIY MART
selamat mendeco!
SUMBER : Watiey Abdullah
[sumber]